Inaidamia | Sebut mengenai inai, kaum wanitalah yang paling banyak menggunakan inai terutama di hari bahagia mereka seperti hari pertunangan dan perkahwinan. Mesti ramai pengguna tegar inai kan? Tidak kira inai serbuk mahupun inai daun. Ini kerana inai boleh di pelbagai gunakan selain di kuku boleh juga di rambut.
Dengan ini, WA ingin memperkenalkan satu peneraju inai daun asli Malaysia, Inadamia yang kini bakal melancarkan produk dan bungkusan baharu mereka iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8 Mac 2021 ini. Bukan itu sahaja, Inaidamia turut menawarkan promosi prapelancaran bermula 22 Februari 2021 hingga 7 Mac 2021 sempena pelancaran produk-produk tersebut. Sebelum itu, mari kita kenal dahulu Inaidamia Sdn Bhd.
Tentang Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai asli semula jadi, halal dan selamat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang.
Menurut Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan berkata bahawa pihak mereka sangat komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli dalam menyediakan produk dengan selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik bagi melaraskan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.
Ramuan Dalam Produk Inaidamia
Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai asli dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah Lowsonia Inermis, Madder Root, Minyak Argan, Air Limau dan Air Teh.
Keistimewaan Inaidamia
- Warna inai tahan lebih lama
- Merah natural dan aroma daun inai asli
- Tanpa kesan pengelupasan
- Berdaftar dengan KKM (NOT201201658K Inai Rambut& NOT201201659K Inai Serbuk)
- Terdapat dalam 3 variasi - Instant Celup, Inai Serbuk & Inai Rambut