
31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 1 - Siapakah Saya? | Amboi first day je dah tanya siapa saya kan? Haha ! Oklah, Wawa malas bebel panjang. Ringkaskan jelah mana boleh ye dakk?
Pengenalan diri :
Nama diberi Nurul Najwa Johari. Berumur 26 tahun untuk tahun 2017. Dilahirkan pada 9 Ogos 1991. Menetap di Kluang Johor. Sudah berkahwin pada tahun lepas tapi takdelah lama, baru 5 bulan gitu... kekeke... Wawa merupakan anak last dari 5 adik-beradik. Anak last tapi tak manja okay. Hahaha!

Wawa merupakan anak jati Johor. Asal menetap di Johor Bahru kemudian berpindah ke Kluang. Dahulu Wawa sekolah di Sek Ren Islam Ar-Rasyidin (1998), Sek Ren Islam Taman Rinting (1999-2000), Maahad Islamiah at-Tarbiyah at-Tahfiz - SRITT Pasir Gudang (2001-2002), dan kemudian Sri ABIM JB (2002-2003).
Sekolah menengah pula, Wawa masuk SMA Al-Quran Waddin JB (2004) dan kemudian pindah ke Kluang memasuki Madrasah Arabiah Kluang (2005-2008). Selepas SPM, Wawa melanjutkan pelajaran di Maahad Johor JB (2009) untuk mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).
Di universiti Wawa study selama 4 tahun (2010-2014) dengan course Ijazah Sarjana Muda Quran dengan Multimedia dengan Kepujian.

Pernah membuat bisnes sendiri dan inshaaAllah akan datang. Dan kini Wawa fulltime blogger. Okaylah, sudah. Tak nak panjang-panjang. Tunggu next entry pula.. hahaha!!