Quantcast
Channel: WawaAshihara
Viewing all 299 articles
Browse latest View live

Juz Waffle Batu Pahat : Semua sedap-sedap !!

$
0
0



Muncul sudah entry food review !
Even Batu Pahat ni banyak kedai makan tapi kat sini best-best
dekat dengan tempat kerja, balik kerja singgah terus
Tapi takde lah makan setiap hari , melampau naww !

Makanan yang sentiasa jadi favourite adalah Tomyam Thai,
maaflah Wawa memang hantu Tomyam..
Makanan kat sini boleh tahan harga
Tak mahal tak murah , tapi sedang-sedang :)

Dekat mana Juz Waffle ??
Siapa orang Johor tahu lah kan
Juz Waffle ni ada dalam Square One Batu Pahat


Antara koleksi makanan yang dapat snap picture :

Spaghetti Aglio Olio Prawn

Rasanya lebih kurang macam dekat Pizza Hut 
tapi cara masakan beza :)


 Fried Mushroom & Kentang Goreng

Antara salah satu menu kudapan santai-santai pilihan Wawa
adalah Fried Mushroom.
Memang sedap kalau nak buat sendiri kat rumah pon boleh :)
(nama menu tak ingat)

Sekali tengok dah macam rupa menu orang diet 
cuma kalau diet kebanyakkan orang guna wrapping wrap
macam dekat KFC tuh..
Rasa not to bad sedap jugak even simple tapi memang kenyang !




Paling suka memang Tomyam dia
Pergi mana-mana pun order Tomyam Thai.
Mangkuk besar boleh tahan, hehe :)

Lepas ini kena try menu lain pula
Bagi tekak ni rasa semua tempat
Makin debablah Wawa nanti
Hehehe ^_^

I am Sorry : Blog Under Construction

$
0
0
 
 
 
 


Sorry for my blog readers !
BLOG UNDER CONSTRUCTION


 

Untuk seketika ini,
blog Wawa takde buat update entry baru.
Coming Soon.

Thank You !

 

Pastel Tema blog 2015 | Sesuai atau tidak ?

$
0
0





Tema Blog 2015 | Apa kena mengena tema blog dengan gambar baju? Jangan pelik actually tentang tema warna bukan tentang baju. Tengok warna pastel memang sejuk mata memandang kan? Sebab warna tidaklah terlalu shocking colour dan tidaklah terlalu gelap.

Kali ini Wawa pilih warna blog dengan warna pastel sebab inginkan kelainan dari sebelum ini. Sebab selama ini kalau edit blog nak pilih warna merah atau warna nude tapi termelekat warna pinkish juga. Wawa tak minat pink sebab dulu pernah minat fanatik gila pink, haha :D

Pastel juga memainkan peranan dalam code colour kerana ianya juga sesuai dengan jiwa lelaki dan perempuan. Pastel merupakan warna yang smooth tapi tak bermakna lelaki tidak sesuai dengan warna pastel bukan? Tapi tak mustahil juga ada yang tidak suka mungkin kerana jiwa mereka yang hati batu? Hihi, jangan marah kaum lelaki, kita gurau-gurau santai :)

By the way, apa pendapat anda dengan warna blog Wawa pilih ? Adakah sesuai dengan pilihan warna blog ini ? Jika anda suka, like sikit entry ini dan komen yang membina. Terima Kasih.

Breaking News | Girl's Generation Yoona Joins Instagram !

$
0
0
 
 
 
 
SNSD Yoona Joins Intagrams [27092015] | Yeah, Wawa tahu uolls excited kan bila dengar breaking news about this ? Haha, sorry to say lah, Wawa bukan fanatik Korea sampai terkinja-kinja ye. Only some of them Wawa minat. Mana Wawa tahu Yoona join instagram ? 



Wawa dapat tahu bila Wawa tengah scroll ig then Wawa nampak satu post dari artis korea its one part of members SNSD , Tiffany yang mengkhabarkan bahawa Yoona telah membuat instagram. Ayat itu berbunyi seperti :

" Welcome to the wonderful world of social media bae @yoona__lim"



Seriously, I've been waiting for a long time ! Finally, u did it Yoona ! Because only u are not in instagram. But now, all the members SNSD have acc instagram to keep sharing moments like photos and videos for ur fans around the world.


 
Masa Wawa follow, Yoona baru joins instagram around 5 hours ago but woww !! Mesti ramai excited nak follow kan. No wonder because she's a female group korean artist the most popular in the world ! Sekarang mesti dah makin meningkat followers dia :)



Uolls nak follow instagram all members SNSD bagi yang tak tahu lagi? Meh Wawa share ig mereka untuk korang yang not yet following them. SNSD members have 8 members now, because Jessica have kicked out from SM Entertainment. Tapi Wawa bagi semua link instagram untuk uolls ! tekan link nama mereka !


Thats all from about them. Cepat follow instagram mereka bagi siapa yang minat SNSD ! See u next entry blog followerians !! Bye dearies ! :)
 

REVIEW | Koleksi Muslimah Murah Mengikut Trend Terkini

$
0
0
 
 
 

Siapa nak bergaya IKUT TREND SEMASA tapi pada masa yang sama, PATUH SYARIAH?

Haa ini kali Wawa nak habaq sikit naa, Neminick_wardrobe ada jual keperluan lengkap pakaian muslimah ni! Diaorang memang sangat teramat dan memang aktif berbisnes di instagram dan di Facebook tau uolls!


Banyak lagi koleksi dress/jubah, blouse labuh dan hijab yg dijual. Memang lawa-lawa semuanya. Mostly all below RM130 je tau! Pakaian loose, tudung labuh, tertutup semuanya tutup aurat. Ni yang korang cari kan?

Selain itu, diaorang jual juga bawal crepe yang tengah hot meletop kau memang kebaboom kat pasaran ni haa. Diorang bukan jual bidang 45 yang standard itu saja, tapi ada juga bidang 55 yang labuh gitu :)
 
 
Labuhkan? Sesuai utk muslimah di luar sana yang sukakan tudung labuh. Memang tak jarang dan senang bentuk. Harga? Memang murah lah! Student pun ramai yang grab banyak2 sekali dengan roommate dan classmate. Mai sini nak habaq harga dia👇 

Bawal crepe bidang 45:
1-9 pcs RM7 sehelai
10-19 pcs RM6 sehelai
20pcs keatas RM5 sehelai

Bawal crepe bidang 55:
1pcs RM17 sehelai
3pcs RM45 sehelai
4pcs dan keatas RM14 sehelai
 
 --- Testimoni belian dress --- 



--- Testimoni belian tudung bawal crepe ---


Jika anda berminat, boleh contact link diaorang di bawah :-
Instagram  : neminick_wardrobe
Page          : Neminick_Wardrobe
No tel        : 011 2306 0910 (WhatsApp / Telegram)
 
 
 
 
 

Review | Bantal Handmade Comel-Comel !!

$
0
0
 
 
 
  


Haii korang semua !! Harini  Wawa nak bagitahu pasal satu instashop yang jual bantal handmade yang memang kalau korang tengok rase geram je ! Geram kenape? Sebab pillow tu semua comel and sangat2 rare. Seriusly korang memang akan geram tengok sebab lawa-lawa belaka.


 Nama igshop ini adalah @craftjemari , sebab tuh Wawa berani cakap geram sebab all design adalah handmade by jari jemari owner tau ! Kekekeke.. Dah bersedia ke nak tengok design dari mereka ini ? Sekali korang tengok, memang berkali-kali korang nak order nanti sebab ia sangat menarik minat semua golongan !

Korang boleh request untuk design sendiri dekat pillow tu! So kalau nak bagi hadiah dekat orang nanti korang jangan risau la sbb hadiah korang takkan sama dengan orang lain. Selain dari bantal, diorang ni ada jual cupcake cusion dengan keychain tau. Apa pulak cupcake cusion tu? Ala.. bende tu tak bagi pin korang berterabur la. Lepas pakai cucuk je dekat situ :) More design sila scroll bawah :D
See ?? Pelbagai cara anda boleh kreatifkan, bahkan juga anda boleh bagi sebagai hadiah perkahwinan atau pertunangan dan majlis party or present for birthday or else. Nampak sweet gitu kan? Hihi... 
Price : start dari RM20 keatas bergantung pada saiz dan design
 
Untuk details dan cara nak order bolehlah ke :
Instagram : @craftjemari
Whatsapp: +6013-2570479 

Tips Blog Nampak Lebih Menarik

$
0
0
 
 
 
 
Korang nak tak Wawa share sikit tips bagi yang nak blog nampak lebih menarik? Senang kata, simple tapi menarik la. No no no ! Wawa tak cakap blog Wawa cantik tau, tapi Wawa just nak share dengan korang.
 

1. Background/template blog
Kenapa perlu ditekankan benda alah ini? Iya, memang perlu sebab background blog memainkan peranan penting juga dalam menghasilkan sesuatu blog. Jangan korang pilih background yang crowded dan bling-bling contohnya ambil yang animated dengan warna yang terang. Elakkanlah kalau boleh ya, tapi kalau boleh memang nak suruh elakkan. Hewhewhew.. Pilihlah warna-warna soft atau sedap mata dipandang.

2. Pemilihan Header Blog yang sesuai
Letaklah header yang simple + cantik sebab ia boleh menarikkan wajah blog anda. Letak gambar anda sebagai header tapi jangan tepek sebesar blog korang tepek kang paparazi kecam korang. Ada orang suka letak header blog dengan hanya letak tulisan contoh sebagai nama sendiri diikuti dengan link blog, itu pon boleh kalau anda nak nampak lagi simple but nice! :)

3. Pemilihan layout blog
Kebanyakkan layout blog ramai yang buat hanya 2 column sahaja, sebab ianya nampak mudah untuk view dan tidaklah terlalu menyemakkan. Jangan pulak korang letak layout dengan berapa banyak column sebab ia agak serabut. Nak guna 1 column pun boleh ikut kreativiti korang :)

4. Tulisan yang senang dibaca
Minta tolong sangat-sangat bagi blogger lama ke blogger newbie ke, jangan buat tulisan macam budak-budak sekarang. Sekejap besar sekejap kecik. Korang tak penat ke nak tukar-tukar setiap words korang taip? Hihi.. Lepas tu tak payahlah pelbagaikan warna dalam tulisan sekejap hijau, merah, kuning, biru, purple. Untuk font tu korang pilih font yang senang dibaca dan difahami bukan yang berangkai-rangkai :)

5. Gaya penulisan yang menarik
Last sekali nak tekankan pada penulisan. Sangat penting tau! Sebab apa? Sebab penulisan itu dari gaya diri seorang blogger itu sendiri. Tak kisahlah time itu korang tengah nak cerita kisah sedih pakwe/makwe kena rampas ke apa, tapi tolong jangan karang ayat yang buat pembaca tak nak baca atau tak menarik perhatian. Cuba nak karang ayat dalam entry itu bagi ayat yang menarik dan menepati citarasa pembaca.


Jadi, mari kita perbetulkan apa yang kurang. Wawa pun boleh ikut tips-tips camni juga. Korang buntu nak edit blog sebab tak reti design blog? Jangan risau ramai yang mengambil tempahan edit blog korang boleh search mana-mana blogger yang ambil tempahan.


Wordless Wednesday : Ais Krim Pasu

$
0
0
 
 
 
  
 

 


Pada awal tahun ini sangat terkenal dengan ais krim pasu. Sampai habis pasu-pasu kat kedai borong diluar sana dek kerana penangan ais krim pasu dahulu. Ini kali, timbul pula tentang ais krim tempurung kelapa. Belum lagi masuk bab ais krim berasap :)

Adakah ais krim pasu masih famos atau disebabkan timbulnya pelbagai idea orang sekarang, kepopularan ais krim pasu merundum?? Anda masih merasai lagi ais krim pasu?

Jalan-Jalan di Country Garden Danga Bay

$
0
0
 
 
 
 
 
Country Garden Danga Bay | Wah, lama dah rasa tak jalan-jalan kat JB sejak pindah ke Kluang. By the way, hati ini tetap tak lupa tempat kelahiran sendiri. Hewhewhew.. Bila datang sini tengok daj semakin maju dah macam KL rupa. Dengan flyovers yang simpang siur tanpa lampu isyarat lagi. Pindah Kluang tahun 2005, then duduk JB masuk Maahad Johor tahun 2009. Then sekian lama tak turun JB until now year 2015, uolls can't imagine it? 

Baru-baru ini, adalah dalam bulan Oktober lepas jalan-jalan kejap dengan my family kat sini. Saja ambil angin tengok tempat yang tak penah masuk lagi. Actually, penah datang sini sekali tapi tak dapat pusing-pusing sebab masa itu tengah hujan. Uhuks !


First kita interframe selpie dengan budak kecik ni. Pandai dia selpie tau! Hahaha.. Ini anak ke? Muka sama aje tengok. Ehhh ?? Kahwin pun tak lagi jemahh oii. Inilah anak buah Wawa bernama Aflahul Hayyan baru setahun 10 bulan. Tapi gaya macam dah 3 tahun.

 

That's my sisters. Yang tengah tu Angah, yang depan tu Achik. Dua-dua dah kahwin, tapi Wawa sorang belum ketinggalan keretapi :) Muka sama lah macam twins? Ehh, mana ada, twins tu idok ler, tapi hampir sama itu ada, dah nama siblings kan?
 
Inilah my family. Itu adalah mak saya. Ehh, jangan keliru. Memang mak kandung dah meninggal masa tahun 2005. Ini my stepmother yang kami anggap mak dari kecil sebab dialah yang jaga kami. Adik kepada arwah mak. Kami selesa sampai ke besar membesar dengan dia. Hehehe :) Gambar abah takde dalam ni sebab masa ini abah tengah kursus kat JB juga. Along dengan Uda tak dapat ikut sebab sorang kerja dan sorang lagi duduk jauh sikit.

 

 

Bakar Lemak dengan Cepat | Hotshape Gel

$
0
0
 
 
 
  



Bakar Lemak dengan Cepat - Hotshape Gel | Hotshape Gel 3 in 1 adalah satu produk keluaran bumiputera D'Masyhur Herbs Health and Beauty Sdn Bhd dan bakal memecahkan pasaran produk terlaris dengan gel bakar lemak dengan begitu cepat. Hotshape Gel merupakan booster pembakar dan membuang lemak degil di seluruh tubuh dengan hanya dalam beberapa jam. Produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan. 

Kelebihan dan Fungsi Hotshape Gel :
  • Mengecilkan paha, pinggul, lengan dan tempat tumpuan 100% dari lapisan kulit
  • Membakar lemak dan menurunkan berat badan.
  • Menganjalkan kulit dan tidak menyebabkan kulit lembik selepas kurus
  • Menghilangkan selulit dan dan kulit berkerak hitam
  • Mencerahkan kesan gelap dibahagian lipatan seperti lengan, peha dan lain-lain
  • Menghilangkan rekahan pada perut, peha, lengan dan betis

Seminggu lebih Wawa menggunakan gel ini, memang nampak berkesan produk ini tanpa sebarang masalah. Wawa sangat bermasalah dibahagian lengan kerana lemak air jadi Wawa cuba sapu di lengan dan alhamdulillah, kurang 2cm ukuran lengan. Maka dapatlah Wawa pakai baju-baju yang dah tak muat dulu. Testimoni dari Wawa tidak dapat ditunjukkan kerana aurat nak tunjuk berapa kurangnya dalam 2cm tu :) Ini antara testimoni berjaya menggunakan produk Hotshape Gel.





Untuk pengetahuan, gel ini berbau wangi, tidak melekit, berminyak dan tidak bau herba. Jadi anda boleh menggunakannya dengan selesa tanpa rasa rimas. Pada permulaan pemakaian gel ini memang akan terasa panas seketika, dah nama pun HOT.. Hehehe. Jadi letak sedikit sahaja dan sapu rata pada lemak-lemak yang tak diingini dan ia mudah meresap ke kulit tanpa berminyak. Kerapkan penggunaan jika inginkan kesan yang mengejut !

HARGA PRODUK :

Harga pasaran : RM82 SM / RM85 SS

ADA PROMOSI TAWARAN HARGA SPECIAL 
DISKAUN UTK 100 ORG YG TERAWAL SAHAJA!!!!
JOM JADI YG TERAWAL DAPATKAN HARGA SPECIAL TU!!
----------------------------------------------
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254
Whatsapp “HOTSHAPE OFFER” ke 0126818254


Untuk keterangan lanjut dan details, sila hubungi :

Whatsapp : +6012-6818254



Aloe In A Bottle | Jerawat Hilang dalam masa 1 Hari !

$
0
0
 
 
  
 

 
Ini adalah satu produk keluaran bumiputra dimana menggunakan aloe vera sebagai alternatifmasalah yang dihadapi dan ia dapat mengatasi kulit sensitif, berjerawat dan pigmentasi seawal 4 hari !
Pelbagai kelebihan yang aloe ada dan sesuai digunakan samada luaran mahupun dalaman.


Cara penggunaan aloe in a bottle :

1. Ambil 2 sudu sebelum sarapan (boleh campur dengan air 100ml)
2. Ambil 2 sudu sebelum tidur (boleh campur dengan air 100ml)

p/s : Digalakkan diambil bersama air sejuk bukan air panas


Aloe boleh digunakan dibahagian luar seperti sapuan pada kulit dan juga muka. Bahkan ianya juga boleh digunakan secara dalaman dengan minum untuk masalah migrain, darah tinggi dan mengurangkan kencing manis. Jika berlaku kemalangan, segera cuci dan sapu dibahagian luka. Inshaa Allah, sakit akan reda dan tiada parut.

Antara testimoni-testimoni yang berjaya dengan mengunakan aloe :



Banyak testimoni yang ada. Kesan melecur, jerawat, sakit kepala,rambut gugur dan lain-lain. Wawa dah try produk ini untuk masalah jerawat datang time hormon tak stabil, maklumlah perempuan :) Dan kesannya sangat superb ! Malam sapu kat jerawat, esoknya dah kecut abis ! Seriously sangat suka dengan produk ini. Untuk minum pun Wawa dah try, sedap je perut dan ia juga melawaskan pembuangan dengan selesa. Korang tak percaya ? Cuba korang tanya orang-orang tua dulu, banyak petua yang menggunakan aloe vera ni tau !

 

Korang nak try sekarang ? 
Boleh contact mereka di sini --> Aloe In A Bottle (page) atau @aloeinabottleofficial (insta)

Air Kopi Rare | RareCoffee Kluang

$
0
0
  
  

Rare Coffee Kluang | Sejak dua menjak ini semakin ramai orang buat bisnes sendiri. Especially bisnes jual minuman. Walau ramai persaingan tapi bisnes inilah yang ramai orang cari sebab ke mana-mana nampak kedai, tekak terasa kering dek cuaca terik masih ada yang mencari air. Bukan cuaca terik sahaja bahkan cuaca sejuk pun ramai cair. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Malaya Coffee Kluang ye, sekarang dikenali sebagai Rare Coffee Kluang.

Baru-baru ini Wawa ada mencuba satu minuman di tempat Wawa, mana lagi kalau bukan di Kluang. Tempat yang paling dekat dengan rumah Wawa, senang nak gerak ke sana. Kebetulan rumah pun ada orang jadi Wawa belilah lebih sikit. Kalau tak memang ngadap sorang jelah. Sobs sobs...

 

Dahi jendol orang Jawa kata. Hahaha ! Excited kemain sampai selpie angin tiup kuat pun saja je dengan tudung yang menampakkan dahi jendol. Ok stop ! Masa ni Wawa beli nama kedai Malaya Coffee Kluang tau..Wawa beli 4 cups jer sebab kat rumah pun ada 4 orang. Takpe lepas ni ada masa beli lagi. Wawa order Coffee + Hazelnut with topping, Chocolate + Vanilla with topping, Mango & Apple. Keempat-empat ini rasa sangat tak mengecewakan. Sedap dan coffee dia pun tak kuat mana sebab Wawa tak boleh minum coffee kalau minum pun dah ting tong kepala, tapi minum Malaya Coffee ni langsung tak pening.


Sampai senget-senget Wawa selfie tau, haha ! Berapa bintang? Hmm, tak tahu nak bagi berapa sebab bagi Wawa memang sedap takde sebarang ketidakpuasan hati. Hewhewhew.. So bagi sesiapa nak try orang Kluang atau orang luar yang singgah ke Kluang Johor ini, bolehlah datang ke kedai mereka. 




Sekarang nama dah baru, berwajah baru. Mereka menggunakan nama RareCoffee Kluang jika anda mencari kedainya. Betul-betul terletak dikawasan bandar, iaitu disebelah stesen bus Kluang. Di bangunan BCB Plaza sebelah butik Nana Alawi.. Atau bolehlah korang contact sendiri dengan owner ini iaitu Encik Dekli. Dengan ini disertakan gambar air :)



Ok bagi yang belum cuba meh la try, tak cuba tak tahu rasanya macam mana :)



Epal Bantu Rawat Kerosakan Pada Sel Tubuh

$
0
0
 
 
 
 
 
 
Epal bantu rawat kerosakan pada tubuh | Epal bukan sekadar lazat dan mampu memuaskan selera mereka yang suka dengan makanan manis, ia juga mengenyangkan dan kaya nutrisi. 

Selain kaya dengan antioksidan, epal juga mempunyai kemampuan untuk melawan penyakit, malah ia dipercayai dapat membantu merawat sebarang kerosakan terdapat pada sel tubuh.

Ia kaya dengan serat yang dikenali sebagai pektin yang memberi kebaikan kepada sistem penghadaman, menyingkirkan toksin, seterusnya meningkatkan tenaga dan kesihatan keseluruhan. Antara manfaat lain ialah :

1. Gigi lebih kuat dan putih
Epal mampu menggantikan berus gigi kerana menggigit dan mengunyahnya menggalakkan pengeluaran air liur sekali gus mengelak masalah gigi reput dan mengurangkan bakteria dalam mulut.

2. Melindungi daripada Alzheimer's
Satu kajian baru mendapati tikus yang diberi minuman jus epal dapat maengelak masalah Alzheimer's dan melawan kesan penuaan pada otak mereka. Ia juga meningkatkan aktiviti otak dan membuatkannya lebih cerdas.

3. Mengelak Parkinson's
Kajian juga mendapati mereka yang makan lebih banyak buah dan makanan tinggi serat mampu mengelak daripada Parkinson's kerana penyakit itu berlaku apabila sel saraf yang menghasilkan dopamin terjejas sedangkan epal mampu menjaga kesihatan otak.

4. Melindungi daripada kanser
Epal kaya dengan bahan flavonoid yang mengurangkan aktiviti pertumbuhan kanser. Bahan seperti triterpenoid dalam kulit epal juga mempunyai sifat anti kanser.

5. Mengurangkan risiko diabetes
Pengambilan epal sekurang-kurangnya sebiji sehari mampu mengimbangkan kadar gula dalam darah kerana ia kaya serat.

6. Menurunkan kolesterol
Epal mempunyai serat larut yang mampu 'menarik' dan membuang kolesterol daripada tubuh, seterusnya menjadikan paras kolesterol menurun.

7. Jantung lebih sihat
Pengambilan serat tinggi menurunkan kolesterol, seterusnya menjadikan jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko pengumpulan plak pada salur arteri.

8. Mengelak pembentukan batu karang
Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

9. Mengelak sembelit
Pengambilan serat tinggi melancarkan sistem penghadaman dan menjadikan proses pembuangan najis menjadi mudah, seterusnya memelihara kesihatan diri.

10. Menyingkirkan toksin dalam hati
Pengambilan pelbagai jenis makanan boleh menjejaskan fungsi hati yang berperanan menyingkirkan toksin. Pengambilan epal membantu kerana ia bukan saja cara yang mudah tetapi selamat untuk menyingkirkan toksin dari badan secara efektif.

p/s : Jum kita amalkan pemakanan buah-buahan seperti epal, Wawa sudah cuba dan ternyata ia membantu menurunkan kadan kolesterol dalam badan kita disamping dengan mengamalkan gaya diet sihat. Rugi bagi siapa tidak mencubanya.

Sumber : Harian Metro
 

Celebrate Birthday Boys Kembar Hari Bulan

$
0
0
 
 
 
 
 
Celebrate Birthday Boys Kembar Hari Bulan | Cerita ini awal bulan Januari sebenarnya, tapi disebabkan line wifi Wawa slow tak dapat nak mengupdate dekat blog. Wawa gerak dari Kluang dengan akak 2nd & my aunty. Kitaorang gerak pagi sebab rancang nak jalan-jalan sampai JB. Korang nak tengok muka 2 orang budak yang kembari hari bulan?





Haa, diaorang ni kembar taikh jer tak sama tahun. Birthday diaorang pada 7 Januari. Si abang umur 4 tahun si adik 2 tahun. Tapi kalau tengok depan-depan memang orang fikir si adik tu abang dan berumur 3 tahun. Abang bernama Abdullah Syaddad dan adik bernama Aflahul Hayyan. Jadi, Wawa bagi jelah gambar-gambar diaorang mengadap kek birthday tu.





Ishh ishh... takde kesopanan langsung lah. Malu moksu tauu. Haha ! Dulu Wawa jaga diaorang ni, dari dalam hari sampai ke besar. Tapi adalah waktu-waktu yang tak jaga. Last jaga last year sebelum diaorang dihantar ke taska (hayyan) dan tadika PASTI (Adad). 

Hari itu kitaorang jalan-jalan kat Kilang Bateri dengan Giant jer.. sebab waktu sangat suntuk time tu. gambar kat kilang bateri pon dah 'yellek' dah sebab tangan bebudak ni gatal main tekan-tekan handphone Wawa. Yang fotogenik Hayyan. Dia buatlah aksi apa-apa confirm menjadi.


perut cover sikit Hayyan

muka happy 2 orang dapat belon free dari abang kedai gadgets world 66
(muka Adad masuk sikit je sebab dia xsuka bergambar bila dah besar)


Kan Wawa dah cakap, kita sendiri tak perasan aksi apa kita buat, tapi tengok Hayyan tu, kemain dia selpie siap posing.. Padahal time tu dia tengah main nak tonggeng-tonggeng kat celah-celah seat. Muka Adad ketat semacam jer kat belakang sebab adiknya konker tempat..Hehe...

Throwback Wedding Staff Time Praktikal

$
0
0
 



Throwback Wedding Staff Time Praktikal | The End of year 2015 wedding staff PPD Kluang masa kitaorang praktikal awal tahun 2014. Alhamdulillah dapat juga jumpa dengan kawan praktikal even kenal pun tak lama, hanya 4 bulan je sempat kenal gitu-gitu. But still friends till now.

Tarikh Wawa tak ingat dah tapi yang penting end last year 2015. Mula-mula perancangan macam semua pergi, tapi perancangan manusia kan berubah-ubah, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Jadi last confirm yang dapat pergi pun malam esoknya majlis. 



inilah pengantin tersama tema pulak


Kami hanya berempat yang dapat pergi majlis kahwin K.Aishah. Alhamdulillah dapat juga pergi dari tak pergi kan? Hehehe.. Empat orang ni lain-lain unit dulu. Tapi paham-paham jelah, takkan nak bawak haluan memasing kan. Haha ! Ok nak spam gambar kami pulak.



selfie dengan pengantin 



Fayadh, Farah, Wawa, Huz



3 dara posing kejap 



sorang pilih kasut, kitaorang posing



formal sangat bergambar kan? 


Ok habis sudah. Yana tak dapat datang sebab kena kerja. Lagi sorang ada hal kot. Hehe. Selebihnya tak dapat dikesan pulak diaorang. Muahaha... Lepas ini turn siapa pula?? Tunggu jelahh...



Homemade | Cara Buat Kimbap Roll

$
0
0
 



Homemade Recipe Cara Buat Kimbap Roll | Dalam seminggu lepas Wawa buat homemade Kimbap Roll versi Korea, yelah asyik tengok cerita running man jer leleh tengok. Bila Wawa post ramai pulak minta resepi. Actually, resepi dah bersepah pun. Maybe sebab data kuota tak mengizinkan nak google sana sini, so Wawa decide nak share kat 1 group masak dan wall fb Wawa sendiri. Bagi yang dah pernah buat memang kata senang, tapi yang belum? so layankan jela resepi simple ni..



KIMBAP ROLL (korean food)

Bahan-bahan :
1. Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
2. Seaweed (Nori)
3. Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
4. Bamboo mat (penggulung)
Isi inti :
1. Isi ketam
2. Telur dadar
3. Sosej ayam/daging
4. Timun jepun
5. Carrot
Tambahan jika nak letak sebagai inti :
6. Tuna (ikot citarasa)
7. Ikan salmon
8. Udang
9. Keju slide
10. Chicken slide
And so on.....




Cara membuat kimbap roll :

1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya. 

2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nk gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti2 yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam sy letak sosej, telur, ketam, timun jepun & carrot.

3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.

4. Siap sudah sesi menggulung kimbap roll. Sebelum potong, sapu secara rata minyak bijan kat seaweed supaya ia kelihatan berkilat.




Ini adalah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan.. cuma beras biasa kenalah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat kat nori tu.. macam saya buat untuk beras biasa, 1 pot beras biasa bersamaan 3 cawan air. Ikutlah korang nak lembik sangat atau tak.




Ini pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo).. kalau guna beras sumo tak payah tambah air, sebab ada disediakan sukatan kat plastik beras just follow jer. Kalau ikutkan dua2 sedap je rasa.. kalau korang jenis kuat masin, masa nak masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Takde masalah pon. Tapi jangan banyak-banyak sebab bila korang makan dengan soya sauce (pencicah) memang dah masin, kang naik darah tinggi .

Kalau saya lebih prefer beras sumo sebab dah ada sukatan dan comel2 je bila dah siap masak. Hehe.. then cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah. Atau kalau jenis tak buat banyak, korang beli je peket2 kecik sosnya kat bahagian orang buat sushi kat aeon big atau pasaraya yang ada jual sushi.
😄
p/s: maaflah rupa kimbap tak menarik sebab nak cepat masa ni..
😁


Tips ringkas :
  • Orang Korea guna minyak bijan dan panggil ianya Kimbap Roll
  • Orang Jepun guna cuka dan panggil ianya Sushi
** ada orang kalau nak nasi bagi rasa, selepas nasi tanak tu, gaul bersama cuka, garam dan gula sedikit. tapi tu macam cara orang Jepun. So far, setakat ni saya buat kimbap roll just letak secubit garam semasa nak tanak nasi. Pun sedap je rasa.




Tadaa... bawak bekal makan dalam kereta pun syok tau, takde pencicah pon okay sebab Wawa tak boleh makan masin-masin (soya sauce masin). Selamat mencuba =)

Wordless Wednesday | Dilemma Jodoh Takdir Atau Pilihan ?

$
0
0
  






Dilemma Jodoh Takdir Atau Pilihan | Ramai perempuan yang dalam dilemma apabila bersoalkan tentang jodoh. Ia memang tidak dinafikan. Lelaki juga ada menerima nasib yang sama. Tapi selalunya orang akan menyoal kepada si perempuan. Bila jodoh nak sampai? Bila nak kahwin? Bertubi-tubi soalan mereka hadapi.

Bukankah engkau tahu, bahawa si perempuan itu dalam dilemma dengan jodoh takdir mahupun pilihan. Pilihan hati bukan semua ibubapa suka. Jodoh takdir pilihan ibubapa atau datang dengan sendirinya suatu masa jua. Berbelah perasaan hendak yang mana.

Jangan kau fikir ujian itu menyusahkan kau. Jangan fikir kau susah nak dapat jodoh. Allah dah sediakan kita jodoh cuma kita mintalah padanya. Solat Istikharah. InshaaAllah, jumpa jawapannya.

"Jodoh lambat, kita ada masa berbakti pada ibubapa.. Jodoh cepat, rezeki kita juga"



CuppacakeB'licious | Cafe Ala Hipster

$
0
0
 

 


Cuppacake B'licious Cafe Ala-Ala Hipster | Baru-baru ini pada awal bulan 2 Wawa kerap ke Batu Pahat sebab banyak benda nak survey asalnya. Sebelum ini nampak nama fb Cuppacake B'licious kat news feed. Bila dah kat BP teringat pulak kat cafe ala-ala hipster ni. Suka tengok airnya. Hehe..
Maka Wawa dengan akak mulakan misi mencari cafe ni dan sangat senang nak jumpa. Kalau korang waze pon confirm dapat jumpa. Serius ! So, bila masuk cafe ni otak jadi blur tak tahu nak order apa. Sebab menu-menu dia kalau ikut tekak Wawa semua sedap ! Mana taknya, berat badan naik. Haha !


Wawa yang interframe depan tudung hitam 
Menu first kitaorang order adalah Kek mereka dah lupa nama kek ni apa. Seriously, sangat-sangat sedap uolls ! Boleh challenge dengan Secret Recipe kau ! satu slide ni pun cukup untuk 2 orang ngap masuk mulut uolls. Hehe.. Then, Wawa order Sotong King CB ni, ingat nak makan sekali dengan set menu Nasi Lemak + Sotong King tapi memandangkan waktu petang so decide sotong je. Btw, Sotong King kalau bab area Johor ni jarang sesekali nak kecewa sebab memang superbb !! 






So, menu yang ditunggu-tunggu of course lah air ala-ala hipster konon orang panggil. Hehe.. Akak Wawa order Milkshake Caramel + Vanilla dan Wawa saja nak try Milkshake Green Tea. Dua-dua boleh tahan sedapnya. Tapi kalau buat lagi kick milkshake tu lagi rasa Uumpphhh ! hihi.. So far not bad memang sedap ! 







Menu lain-lain tuh, macam-macam ada tapi kitaorang order Cheezy Chicken Chop dan Mee Hoon apa tak ingat. Yang paling suka kat Chicken Chop. Sebab ada cheeseee ! Jaranglah makan chicken chop ada cheese. Rasa dia mak aii.. sedap gila kau ! Selalu ada cheese rasa masin-masin kan, tapi ini tak masin. Tapi macam mana ea, takleh nak describe kan. Huhu.. Uollss rasa lah dulu baru uolls describekan..





Haa, siapa nak rasa datanglah cafe ni.. lagi-lagi orang BP yang tak pernah jejak ke sini lagi. Location cafe ni area depan Square One, deret-deret kedai depan Sakan, sederet butik D'Fadz dan Fareeda. Apa-apa pertanyaan bolehlah ke FB dan instagram mereka :-



Tips | Putihkan Ketiak dengan Berkesan

$
0
0


 



Tips Putihkan Ketiak Dengan Berkesan |"Euuww , hitamnya ketiak !" .. Malu bila ditegur seseorang atau malu bila berdepan dengan situasi begini? Malu ingin berfesyen kerana bawah lengan anda gelap? Kaedah bercukur yang tidak betul dan juga pisau cukur yang tidak bersih antara faktor utama pembentukan kulit bawah lengan gelap. Mari kita lihat tips yang ingin dikongsi bersama :


1. YOGURT DAN SUSU
Yogurt dan susu mengandungi laktik asid yang berfungsi sebagai ejen pemutih. Campurkan 2 sudu yogurt dengan 3 sudu susu dan sapukan di kulit bawah lengan sebelum mandi. Biarkan selama 30 minit sehingga 1 jam. Bersihkan dengan air suam.
 
2. BETIK DAN MADU
Betik mengandungi akrobat asid yang mempercepatkan mengelupasan sel-sel kulit mati dan madu mengandungi vitamin C dan polyphenols yang boleh mencerahkan kulit bawah lengan. Blender 1/4 betik dan campurkan dengan 2 sudu madu. Sapukan pada kulit. Biarkan selama 20 minit. Basuh dengan air.

3. LEMON DAN SERBUK PENAIK
Lemon mengandungi vitamin C. Serbuk penaik mengandungi kalsium yang boleh hapuskan sel kulit mati dan naturalize asid lemon yang boleh menyebabkan iritasi. Perah jus lemon dan campurkan satu sudu teh serbuk penaik. Sapukan dan biar selama 15 minit. Gosok bawah lengan sehingga kotoran keluar. Basuh dengan air.

4. TIMUN DAN SERBUK KUNYIT
Timun boleh melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan kulit. Untuk hasil yang lebih berkesan, campurkan puri timun dengan campuran timur yang ditapis dengan serbuk kunyit. Sapukan di bawah lengan. Biar selama 12-17 minit. Basuh dengan air. Lakukan 2-3 kali seminggu.

5. UBAT GIGI
Picit sedikit ubat gigi bersaiz kacang soya di jari. Sapukan di bawah lengan. Basuh dengan air. Jangan teruskan sekiranya kulit anda mula merah. Kulit anda mungkin sensitif.

Sumber : eh.com.my

Cafe berkonsepkan Japan Western

$
0
0
 


Cafe berkonsepkan Japan Western | Masa itu Wawa tengah pusing-pusing bandar Kluang, dan akak tanya nak makan mana. Dengan serta-merta Wawa teringat satu kedai makan baru dibuka beberapa minggu lalu. Kedai makan ini dinamakan Dapur JW Cafe. Ianya berkonsepkan Japan Western dimana bukan sahaja makanan Japan bahkan disediakan sekali dengan makanan Western dan tempatan. Yang sangat teruja, owner cafe ni orang Islam tau. Pekerja pun semua muslim. So, semuanya dijamin halal.


Design kedai yang menarik, bila masuk jer Wawa sangat tertarik dengan corak dinding kedai. Haa, nampak tak wefie kitaorang tu?? Sangat unik sebab dorang menggunakan simen sahaja dengan mencorakkan bentuk dinding ikut citarasa mereka. Sangat kreatif ! Jom layan menu yang kitaorang order !

Takoyaki (menu wajib Wawa)


Spaghetti Mushroom Abalone Soup Garlic

Takoyaki ni rugi kalau tak amik. Sebab ala-ala Japan kan. Hihi.. Actually, banyak menu belum ada lagi sebab in progress lagi kedai ni. InshaaAllah, bulan ini siap sepenuhnya kata pekerja kat sana. Kitaorang tak pilih menu Japan sebab tekak masih kenyang nak cuba menu lain. Ececehh ! takleh.. actually kitaorang tunggu kedai siap sepenuhnya baru kitaorang order menu Japan. Spaghetti dia sedap tapi macam kering sangat. Ke aku tak pernah rasa Spaghetti Garlic macam mana..


Pink Guava + Bubbles

Air ni paling aku suka ! Sebab apa? Sebab bubble dia. Alaa, sama macam pearl air Cool Blog kan.. Noooooooo... never uollss !! Sebab bubble dorang guna ni sangat unik, bila korang minum bubble tu ia akan meletup dalam mulut uolls ! Serius weii.. tak tipu ! Bubb;e dia tak lokek, Wawa sampai nak balik pon tak habis-habis sedut bubble tu! Haha .. Uolls should try this beverage !


Breaded Chicken Chop

Lamb Grilled

Dua makanan ni akak Wawa dengan kawan dia yang order. Wawa tak makan Kambing! Huhu.. So far, dorang berdua makan kata puas hati. Isi banyak dan harga sangat berbaloi dengan menu yang diorder. Makan macamni pun boleh senak perut tau! Sebab banyak sangat isi dia.


Okaylah, Wawa tak nak bebel panjang-panjang. Uolls patut try menu kat cafe ni sebab ada kelainan yang tersendiri dorang created. InshaaAllah, soon Wawa nak try menu Japan pulak. Hehe.. Bagi Wawa, sangat best dan berbaloi harganya. Congrats to owner Dapur JW cafe kerana berjaya buka cafe berkonsepkan Japan + Western di daerah Kluang. Sebarang pertanyaan boleh direct ke :

Facebook :Dapur JW Cafe

Location : No 6, Jalan Persiaran, Dato' Haji Ismail Hassan
                 ( sederet dengan bank muamalat, sebelah jambatan sungai bandar )





Viewing all 299 articles
Browse latest View live