Quantcast
Channel: WawaAshihara
Viewing all 299 articles
Browse latest View live

7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin

$
0
0
 





7 Jenis Tetamu Perlu Dielakkan Di Kenduri Kahwin | Zaman sekarang dah lebih maju dari dulu, maka bertambah 'maju'lah mulut2 orang sekarang kan.. hihihi.. Pulak sekarang tengah musim kenduri kahwin. Jadi ada beberapa tips yang boleh kita elak dari tetamu semasa kenduri kahwin nanti.


1. Mengumpat Pengantin

"Lelaki dia tak sesuai dengan isteri dialah, isteri dia muda sangatlah, suaminya gelap, isteri gemuk, tak darjat, berbeza negerilah."

Jangan merungut, nanti berpatah balik kat diri sendiri takpun keturunan sendiri baru terasa.

2. Makanan Terhidang

"Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada."

Makanan tu kan rezeki, kurangkan merungut rezeki yang dah diberi secara percuma. Ramai lagi kat luar sana tak dapat merasa makan sedap-sedap.

3. Bilik Pengantin

"Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak sepadan dengan dinding."

Ikot kemampuan pengantin. Kadang-kadang pengantin sendiri pun tak kisah pasal bilik, asalkan selesa sudah sebab bukan tetamu yang nak tidur bilik pengantin nanti kan.

4. Buah Tangan / Goodies

"Tak bersyukur bila dapat buah tangan/goodies. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je"

Orang memberi kita kita menerima. Terima dengan ikhlas, kalau tak ikhlas jangan terima. Buat tambah dosa je merungut.

5. Kenduri Suram

"Tak meriahlah kenduri kahwin ni, tak ada DJ radio, kompang, karaoke, pelamin"

Tak tahu pula dalam Islam ada sebut kenduri kahwin wajib ada semua tu. Lagi-lagi karaoke dan DJ radio.. Pasang kaset atau lagu nasyid atau qasidah pun dah cukup meriah, berselawat di majlis barakah lagi bagus kan.

6. Tidak Hadir Bila Dijemput

"Orang dah jemput pergi kenduri dia tak hadir. Bila orang tak jemput, yang itu pula yang dia nak pergi"

Hukum bila orang menjemput kenduri, kita wajib datang kecuali ada sebab tertentu. Bukannya dah dijemput tapi buat-buat tak tahu.

7. Tapau Makanan Bawa Balik

"Sudah makan, tapi nak bungkus bawa balik rumah. Nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur laksa"

Kalau tuan rumah ada bagi berkat/bontrot, terima jelah jangan muka tak malu minta bungkus sendiri. Pulak tu bungkus sampai habis makanan kat dapur tuan rumah tak tinggal sisa. Benda macam ini ada berlaku especially saudara-mara. Even sedara jangan lah buat macam tu, nampak macam pengemis pula minta belas ehsan.


"Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa. Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika"

 sumber : imuslimshop.com

Ephyra Skin Nano | Serum Terbaik Dalam Merawat Kulit!

$
0
0
 



Ephyra Skin Nano Serum Terbaik Dalam Merawat Kulit | Kulit muka Wawa jenis mudah kusam tak bermaya dan tona kulit wajah yang tidak sekata. Baru-baru ini muka Wawa ada parut jerawat yang susah nak hilang. Selalunya 2-3 hari dah lenyap tapi dah nak masuk 2 minggu tak pudar juga parut tu. Bila Wawa dapat tahu Ephyra ada mengeluarkan serum terbaru, Wawa sangat excited nak mencuba. Yelah, mana tahu serum ini dapat mengembalikan Wawa wajah yang ceria lagi berseri-seri. Okay, jom kita kenal-kenal dulu.




Apa itu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ?

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatternkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. 

Ianya selamat digunakan dan bebas dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Oleh itu, serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. kerana gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Partikel serum ini sangat kecil dan mudah meresap hingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan ia akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. 




Antara manfaat serum ini :
  • MEMULIHKAN : Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.
  • MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
  • MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit. 

PENGGUNAAN SEBELUM DAN SELEPAS (TESTIMONI SENDIRI)

Wawa mempunyai masalah kulit cepat kusam tak bermaya dan tona kulit tidak sekata baru-baru ini. Jadi Wawa membuat ujikaji sendiri terhadap kulit muka Wawa sebagai testimoni.


muka kusam dan tona kulit tidak sekata dan ada bekas jerawat

selepas 6 hari penggunaan

Penggunaan selama 6 hari sangat memuaskan hati. Kulit kusam dah tak nampak sangat dan tona kulit muka dah sekata. Bukan itu sahaja, kulit nampak cerah sedikit dan parut jerawat beransur pulih dari sebelum ini. Wawa pakai serum ni waktu pagi, malam sebelum tidur dan sebelum makeup jika keluar rumah. Disebabkan Wawa nak baik cepat parut kat hidung tu, Wawa apply waktu petang juga.




Sejak adanya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini, Wawa dah tak perlu makeup tebal hanya bedak, lipsbalm dan celak sahaja ! Memang sejak dua menjak ni jerawat tak segan tumbuh. Mujurlah ada serum dari Ephyra yang dapat merawat macam-macam masalah kulit. Wawa very highly recommended Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum sebab inilah serum muka paling berkesan dan terbaik yang mengandungi 1001 kebaikan dalam merawat kulit ! Sebelum ini pernah cuba serum lain, tapi lambat berkesan berbanding dengan serum ini.




Bagi yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat, berparut, berjeragat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan lain-lain, bolehlah mencuba serum dari Ephyra ini. Tak rugi korang mencuba tau sebab Ephyra Skin Nano Serum ini memang best. Kulit pun terasa lembut dan glowing. Bukan serum sahaja ada, ada bermacam lagi produk Ephyra yang telah dikeluarkan. 


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml (sebotol)

Harga:
RM 88  (Semenanjung Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)

TAPIIII !!! sekarang tengah promosi...

Harga Promosi :
RM 68 (Semenanjung Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)

**Sesuai untuk semua jenis kulit**


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN  ONLINE:

Website : www.oceanlife2u.com

atau

Facebook : Oceanlife2u

atau

Instagram : @ephyra2u

atau

Whatsapp : 019 - 737 3770 / 019 -380 0779

Perfume Terlajak Laris ! Jatuh Hati dengan Dexandra

$
0
0
 






Perfume Terlajak Laris ! Jatuh Hati dengan Dexandra | Masing-masing mesti ada favourite bau wangian sendiri kan? Kalau Wawa dulu Wawa suka beli Victoria Secret Original punya sebab VS banyak bau sweet buah dan floral. Dan juga Dior koleksi Wawa dulu. Tapi susah nak jumpa perfume yang long lasting.. Sobs sobbss..

Baru-baru ini, Wawa kerap ternampak posting kat news feed di facebook tentang Dexandra Perfume. Dalam fikiran Wawa ye je dexandra ni bau macam yang original dari luar negara tu, macam tak percaya je bau Dexandra ni long lasting. Sebab Wawa dah penat cari perfume yang tahan lama bau dia! Macam tipu je! Sampailah Wawa sanggup pergi ke semua kedai yang jual Dexandra semata-mata nak bau wangian Dexandra tu macam mana. Hebat tak Wawa? Hahaha..



Alhamdulillah rezeki Wawa dapat grab salah satu perfume Dexandra, dan apabila Wawa dah hampir stalker kat kedai-kedai yang menjual Dexandra, Wawa decide pilih salah satu nama perfume for women. Korang rasa Wawa ambil yang mana? Tak sangka bau yang Wawa pilih tu one of top 10 Dexandra Perfumes! Weeehhhuuuu... Antara pilihan-pilihan perfume yang Dexandra ada :


(click image to view in large image)


Mula-mula memang Wawa kurang percaya dengan Dexandra sebab takut harapan punah retak seribu. Ecewaahhh! Haha.. Tapi tak sangka setelah dapat grab one of perfume by Dexandra, memang Wawa terus tersuka tanpa sengaja! Memang jatuh hati dengan Dexandra uollss! Lagi-lagi sekarang ni Dexandra memang terlajak laris!



Perfume ini memang tahan lama, bila Wawa try pakai haritu pergi survey barang dari pagi sampai ke petang, still bau lagi even badan dah berpeluh banyak. Bau perfume tetap kekal tau! Tu yang Wawa jatuh hati sangat dah dengan Dexandra! Esoknya Wawa pakai pergi majlis kahwin, pun ramai yang tegur masa bersalaman. Sampai Wawa rasa diawang-awangan kena puji. Ahakks!! Padahal diaorang puji bau perfume bukan Wawa! Haha.. Tapi kena tempias pun jadilah kan... kekekeke..

Wawa ni membebel je tau, korang mesti tak sabar nak tau kelebihan Dexandra Perfume kan? Oklah, meh Wawa share ciri-ciri yang lain yang ada pada Dexandra :

1) 35ml, EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa dan permintaan rakyat MALAYSIA

Bagi yang tahu lagi, Nabil Raja Lawak dan wife Nabil, Zira adalah Duta Dexandra! Nabil pernah bawa masuk Dexandra ke Astro Ria dalam rancangan MeleTOP dan juga Radio Era FM.


Haa, apa tunggu lagi! bagi yang nak cuba bolehlah grab perfume by Dexandra sekarang. Harga sangat berpatutan, tapi bau wangian setanding dengan bau perfume antarabangsa uollss ! Dari korang beli perfume mahal beratus-beratus tapi botol kecil je, better uolls beli perfume Dexandra yang sangat long lasting ni. Murah tak cecah ratus dan isipadu pon 35ml tahan sampai berbulan-bulan.




Inilah pilihan Wawa, bau Chloe by Dexandra ni memang long lasting tau. Spray sikit je kat nadi bahagian badan dan bau dia kekal even uolls basuh badan or tangan. Jangan risau perfume ni sangat sesuai untuk dibawa untuk solat. Owner Dexandra pun orang melayu. Jom kita support bisne orang melayu dari beli yang antarabangsa. Hehe...




Cara untuk membuat tempahan :

Fanpage :www.facebook.com/chettakiomey
Instagram :www.instagram/chettakiomey
Website :www.chettakiomey.com
Phone No :0132644310 (Lia)



Kedai Cetak T-Shirt Online Murah di Auditra Printing

$
0
0
 




Kedai Cetak T-Shirt Online Murah di Auditra Printing | Sekarang banyak kedai T-shirt printing tapi tak semua kedai hasilnya memuaskan. Mungkin dari segi kualiti mereka atau harga yang mahal. Baru-baru ini, Wawa ada survey dan ternyata tidak menghampakan! Kedai cetak T-shirt online murah by Auditra Printing memang terbaik!



Apa itu Auditra Printing & Embroidery ? 
Auditra Printing & Embroidery adalah salah satu kedai cetak T-shirt yang dikenali dengan "PAKAR CETAK T-SHIRT ANDA" yang terletak di Shah Alam, Selangor. Ini kerana mereka juga menyediakan servis cetak dan sulam t-shirt yang cepat dan berkualiti dengan harga yang murah dan berpatutan. 




Antara perkhidmatan Auditra Printing yang lain termasuklah :

 Cetak & Sulam Tshirt
 Custom Made Tshirt
 Baju Koperat
 Jaket Varsiti
 Jersi Pasukan
 Bunting Banner
 Flyers / Business Card










KENAPA PERLU ORDER DENGAN AUDITRA PRINTING?

Untuk pengetahuan anda, mereka menyediakan perkhidmatan design secara PERCUMA! Kedai lain susah tau nak tawarkan design percuma. Ini kerana mereka sudah berpengalaman selama 2 tahun dalam industri percetakan. Bukan itu sahaja, harga yang mereka berikan pun sangatlah berpatutan dan dijamin  terbaik dan berkualiti. Selalunya kedai printing minimum order 50 helai ke atas, tapi dengan Auditra Printing, serendah 2 helai sahaja minimum order tau. Memang syok dengan servis mereka! Sudah ramai yang menempah dan mereka sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Anda dah tak perlu peningkepala nak design sebab percuma je design. Tak rugi pun nak cuba sebab ia tiada cas tersembunyi!  Anda juga tidak perlu pergi ke kedai sendiri sebab ia menjimatkan masa, tenaga dan duit anda. Order je terus melalui online dan barang sampai ke rumah anda. 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan :

XG-4 Blok K, Jalan Plumbum X7/X, 
Pusat Komersial Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

ATAU,

whatsapp terus 018-987 2310 



Gift Giving Online Shop by Printcious

$
0
0



Gift Giving Online Shop by Printcious | Baru-baru ini Wawa terfikirkan apalah hadiah nak bagi pada birthday, party event, wedding atau hadiah untuk seseorang yang boleh dibuat kenangan selain membeli set cawan, set cadar, frame. Sebab kalau beli macam itu tak boleh custom made langsung. Rasa macam rugi je kan sebab orang yang dapat tu tak tahu dari siapa.

Tapi Wawa baru tahu ada satu website ini boleh customized hadiah yang nak diberi pada orang! Seriusly, sangat best sebab inilah website yang Wawa tercari-cari selama ini. Mesti Korang pun tercari juga kan? Bila dah tahu ni macam-macam dalam kepala dah terbayang-bayang beli apa. Sabar Wawa jangan terburu-buru. 




Printcious yang dikenali dengan tagline "Precious Gifts From Your Heart" adalah salah satu website dimana kita boleh customized atau design dengan sendiri apa yang kita nak pada hadiah tersebut. Contohnya, Wawa nak bagi hadiah pada orang tersayang, Wawa pilih hadiah apa nak bagi dan seterusnya Wawa design ikut pilihan Wawa dan Wawa terus pos kepada orang atau pun pos kepada Wawa dan bagi by face to face. Its simple gaiss !!

Dalam website Printcious ada banyak pilihan hadiah yang kita boleh bagi pada orang antaranya ialah mug, tshirt, cushion, phone case, mouse pad, ceramic tile dan lain-lain. Wawa tengok website ni pun Wawa rasa tak sabar dah nak customized design sendiri! Sebelum itu, meh kita tengok kat bahagian Shop ada hadiah apa.




Haa, dah nampak kan? Ada bermacam-macam hadiah boleh pilih kat Printcious kalau nak bagi pada orang. Korang pilih jelah korang nak mana satu. Kalau Wawa first thing of course Wawa pilih tshirt sebab Wawa memang suka pakai tshirt. Lagi-lagi kalau customized ada nama sendiri. Korang nak letak nama ke, ayat love ke apa-apa pun boleh tak ada masalah. Begitu juga dengan pilihan yang lain. Kalau korang tak paham, korang klik je chat belah kanan bawah tu, customer services diaorang akan layan secara automatik dengan cepat dan pantas.



customized ikut pilihan korang


settle custom design

Dah settle custom? Rasa puas hati? Jangan tangguh lagi, pergi Add Cart dan Shopping! Senang je kan nak buat. Warna pilihan ada, size pun boleh tengok ukuran yang diberi. Korang just ikut arahan saja. Masa custom tu korang kalau nak design sendiri, klik Create dan pilih Tshirt. Nanti dia keluar gambar basic tshirt dan korang designlah nak letak gambar ke ayat ke. Ikut kreativiti design korang. Best kan? Macam designer dah rasa. Ewahhh !




Ini pula Wawa custom untuk Cushion for wedding. Ehh.. kantoi pulak :) Nampak macam comel, cute aje cushion ni kan? letak dalam bride room nanti. Haha. Nak letak muka korang dengan pasangan korang pun boleh. Sebab tu Wawa syok customized design. hehe.. Jom order dekat Printcious untuk hadiahkan kepada orang yang korang nak beri.


How to buy/contact :

Facebook :Printcious


FCC SKINTRENDS SKINCARE | SKINCARE BARU DARI FCC

$
0
0





Assalamualaikum, readers..


FCC SKINTRENDS SKINCARE | SKINCARE BARU DARI FCC | Siapa sini suka beli produk skincare? Of course kebanyakkannya wanita kan? Memang tak asing lagi wanita tidak boleh dipisahkan dengan dunia kecantikan. Siapa tak nak cantik, betul tak? 

Tapi produk skincare sekarang kebanyakkan bahaya sebab merkuri terlebih sangat. Kebanyakkan skincare sini lebih pada krim kilo beli kat Thailand. Say NO to the mercury okay ! Jangan sebab nak putih uolls gadai muka. Kesan sampingan dia uolls akan rasa masa akan datang. Jadi, Wawa nak share kat sini satu produk baru dari Farmasi Colour Cosmetic (FCC)

Apa itu Farmasi Colour Cosmetics (FCC)?
FCC adalah salah satu syarikat kosmetik yang menggunakan elemen Halal kosmetik dari Istanbul Turkey. Semestinya ianya selamat digunakan untuk semua lapisan masyarakat Muslim kerana FCC tidak mengandungi lemak, alkohol dan gelatin haiwan. Anda boleh menggunakannya dengan selamat.

Sebenarnya FCC sudah lama di pasaran, Sebelum ini, FFC mengeluarkan produk kecantikan tentang kosmetik iaitu barangan make up seperti foundation, lipstick, eyeliner, powder dan lain-lain. Brand FCC ini dah tak asing lagi kerana sudah ramai kaum wanita mencubanya. Kali ini, FCC telah mengeluarkan produk baru mereka berasaskan penjagaan kulit wajah iaitu SkinTrends Skincare.




FCC SkinTrends Skincare mengandungi Phyto-Biotics Acai Technology. Ini adalah set penjagaan muka mengikut keadaan kulit muka yang berbeza dan mendapat dermatologically tested. Terdapat tiga set skintrends antaranya adalah :

1. Normal Skin (Set Biru)
2, Dry and Sensitive Skin (Set Pink)
3. Oily and Combination Skin (Set Green)

Setiap set ini mempunyai tiga barang iaitu Revitalizing Cleansing Gel, Revitalizing Tonic dan Hydrating Day Cream SPF15. Ketiga-tiga set ini mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Sebelum itu, jom kenali masalah kulit muka anda dan fungsi setiap set Skindtrends.



Kenal pasti masalah kulit muka anda dan ketahui fungsi-fungsi setiap set supaya anda tidak tersalah pilih. Jangan hanya kerana warna pink warna kegemaran anda, anda pilih pink walhal masalah kulit anda adalah normal. Makin teruk nanti susah pulak. Hee...






Alhamdulillah, Wawa diberi peluang untuk mencuba salah satu set di atas ini iaitu Normal Skin (Set Biru) kerana kulit Wawa normal cuma ada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Jadi, Wawa sangat teruja untuk mencuba set penjagaan muka Skintrends ini. Jom Wawa kenalkan fungsi-fungsi bagi set biru (normal skin).


1. Revitalizing Cleansing Gel




Ini adalah pencuci muka berasaskan gel. Bagi yang baru mencuba pencuci muka gel jangan hairan sebab ianya tak berbuih. Bila basuh muka memang tak berbuih tapi yang tiada buih inilah bagus tau sebenarnya. Boleh research google sebab kenapa bagusnya pencuci muka tanpa buih. Cleansing gel ini dapat membersihkan secara mendalam dan mengimbangkan kulit anda. 


2. Revitalizing Tonic (Toner)





Revitalizing Tonic digunakan selepas penggunaan Cleansing Gel. Tonic ini adalah sebagai toner untuk membersihkan kulit muka dari sebarang kotoran yang melekat, menjadikan tona kulit muka dengan sekata  dan juga menutup lubang-lubang pori yang terbuka.


3. Hydrating Day Cream SPF15 




Last sekali apply dengan Hyrating Day Cream SPF15 pada siang hari is better. Bekas kecil tapi guna sikit sudah mencukupi. Day Cream ini membekalkan oksigan pada kulit supaya kulit lebih lembab tidak kering dan juga melindungi kulit muka kita dari cepat rosak. Cream ini bagus dipakai apabila berada didalam rumah untuk tahap kelembapan kulit terjaga dari terkena cahaya matahari.



FEEDBACK WAWA DALAM PENGGUNAAN SKINTRENDS




Syukur alhamdulillah, kulit Wawa nampak ceria sikit dan nampak lembab dari sebelum ini. Memang best dapat guna skintrends ini sebab ia bukan saja memperbaiki kulit wajah kita tapi mengembalikankelembapan kulit muka dan membuat muka nampak glowing. Wawa sarankan korang gunalah produk ini kerana ianya sangat bagus dan bebas dari merkuri yang merbahaya. Baunya yang wangi memang best bila apply kat muka. Produk ini bukan untuk kaum wanita sahaja bahkan sesuai untuk kaum lelaki.

Untuk sebarang pertanyaan dan ingin mengetahu maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi :

FACEBOOK 

INSTAGRAM 

ATAU
Search melalui hashtag
#FCCSkincare #FCCMy #FCCSkinTrends #FCCSkinImpact



Apa Yang Anda Buat Pada Bulan Ramadhan?

$
0
0




Assalamualaikum, readers! 




Apa yang anda buat pada bulan Ramadhan? | Sebelum terlambat, Wawa nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem. Dah lama Wawa menyepi kan. Bukan apa, blog Wawa ada masalah sebab tak boleh update entry baru. Jadi Wawa macam agak kecewa sikitlah sebab tak dapat update blog. Sobs sobs...


Wawa cuba solve problem dan cuba tanya yang pakar tapi masing-masing buntu. So Wawa bawak diri dari dunia blogging sementara. Sekarang dah okay, harap-harap tak buat masalah lagi blog Wawa. Tapi sekarang kan bulan Ramadhan dan agak busy sikit sambil uruskan perkara yang penting. Cuma Wawa nak kongsikan sikit apa Wawa buat bulan Ramadhan ni.



Aktiviti Wawa pada bulan puasa kali ini tidaklah banyak sebab Wawa kena uruskan untuk hal selepas raya ini. Penting sangat ke? Uisshh! penting laah... kalau tak lengkap memang Wawa tak boleh proceed hal tu nanti, mahu nangis Wawa.. Apa hal penting tu? Hehehe.. rahsialah dulu. Kalau Wawa cerita mahu panjang story Wawa sebab kena ada part tertentu nak update. 



Selain itu, Wawa kurangkan aktiviti luar dan duduk rumah sahaja sambil tolong potong baju raya nak jahit nanti, tolong kemas rumah. Yelah, anak bongsu dan last kena buat jadi kenalah rajinkan diri tolong parents kat rumah. Pahala lagi tinggi tau. Ibdah pun dapat buat dengan lancar. Mana tahu tahun depan kita tak sempat nak merasa nikmatnya bulan Ramadhan. Ajal dan maut bila-bila masa boleh berlaku. Jadi apa salahnya bulan Ramadhan Kareem ni kita collect pahala lebih.



Bukan nak salahkan yang lain, tapi kalau rasa 'rindunya bulan Ramadhan', cuba ubah sikit niat duniawi itu kurangkan tapi lebihkan yg akhirat. Cuba, kalau tak boleh sikit pun jadilah kan? Jangan status kat facebook/instagram kata rindu Ramadhan, tak sabar nak puasa.. tup tup jadi krik krik... hehe.. malu lah camtu.. dapat agak tak selalu post macam ini siapa post? Maksud Wawa kat sini benda yang menjadi laghah. Tahu tak laghah tu apa? Benda yang melalaikan kita.


 
Waktu malam memang waktu untuk beribadah dengan solat sunat terawih dan juga bertadarus. Setiap bulan Ramadhan memang family Wawa buat tadarus khatamkan satu juz. Kalau adik beradik tak ada Wawa tadarus dan makcik semak bacaan Wawa. Alhamdulillah, masih tidak putus lagi amalan yang kami amalkan sampai sekarang. 

Okay, panjang pula bebel. Sorry takyah cop Wawa ustazah. Ini luahan coretan hati Wawa ajer, tak payah lah terasa sangat. Tapi orang kata kalau terasa tu maknanya dialah si pelaku. hiks! So sekarang Wawa nak tanya pulak pada korang...
"Apa Yang Anda Buat Pada Bulan Ramadhan?"

Mehlah share kat Wawa. Tak kesahlah jawapan korang. Cari duit nak raya ke, cari duit untuk kahwin ke, buat aktiviti amal ke. Hehehe... Tapi siapa yang ada bagi duit raya tu, mehlah pass kat Wawa duit rayanya. Nak merasa gak tua bangka ada duit raya orang bagi. Hahahaha ! 




Ok bye! :)

DHerbs Gel Mandian Aura 7 Bunga Berhantu?

$
0
0








Assalamualaikum, readers!

DHerbs Gel Mandian Aura 7 Bunga Berhantu? | Hai korang lama benar Wawa menyepi kan. Bukan tak nak update blog tapi kekangan masa sejak akhir-akhir ini. Ye, tahu korang tak sabar nak tau ada apa dengan gel mandian aura 7 bunga dari DHerbs ni. Tengok tajuk dah seram kan? Well, Wawa rasa tak adalah ketinggalan zaman nak up pasal benda alah ni. Tapi Wawa nak up kan juga keluaran DHerbs ni.


Al-kisahnya, baru-baru ni Wawa pergi kedai jual produk kecantikan ni teman akak Wawa beli jamu dia. Tetiba mata ni tertumpu pada satu benda ni. Wawa selalunya kalau pergi kedai camni Wawa takkan pandang benda lain. Bukan apa takut duit terbang banyak. HAHA! Tapi Wawa tak tahu kenapalah Wawa boleh terpandang satu benda ni.. korang nak tahu ke?


Hmm... Wawa terpandang dekat......... gel mandian DHerbs ni la.. berapa kali pandang dah.. asal nak tengok yang lain mesti terpandang gel mandian ni. Gila kau tak berhantu? HAHA! Apa lagi, Wawa terus rembat satu botol ni lepas seller tu promot cakap macam-macam. Wawa sememangnya kalau dengan produk DHerbs Wawa mengalah. Sebab abah selalu beli produk DHerbs.


Wawa beli pakai mandi, mula-mula sengsorang je pakai sebab senyap-senyap pakai. Tapi last-last suami tanya, bau apa ni? Wanginya.. Wahh ! suami tegur. Wawa pun cakaplah sekian-sekian... Akhirnya suami terjebak juga nak guna gel mandian ni. Memang wangi wei... tak tipu!


Masa mandi bau dia membangkitkan aura jadi segar-bugar. Dahlah wangi, berangin badan sedap je rasa... satu bilik air boleh bau tau. Lepas mandi badan rasa segar, badan letih pun sedap je rasa. Memang betullah dia menarik aura-aura positif dengan rangkaian 7 bunga ni. Serius, korang dah tak payah pergi ke spa sebab bau dia pun dah macam kat spa. Hehehe...


Gel Mandian Aura 7 Bunga ini terdiri daripada 7 jenis bunga iaitu mawar, lavendar, kenanga, orkid, bunga matahari, bunga raya dan melati dapat memberikan keharuman dan kesegaran berpanjangan dan membangkitkan iron aura-aura yang positif dalam diri dan lebih berkeyakinan. Banyak lagi kelebihan atau fungsi gel mandian ini. Lagi mantap bila berkombinasi dengan losyen 7 bunga.


Korang ada yang tak try lagi? Ha, jangan tunggu lama! Cepat dapatkan segera gel mandian ini sebelum Wawa borong semuanya. HAHA! Gurau jelah. Harga tersangatlah mampu milik. Tak mahal hanya RM16.00 sebotol sahaja. 


Mana yang dah kahwin tu mai beli nanti cik abang mai rapat je dengan isteri. Kekekeke.... tapi yang tak kahwin lagi tu jangan salah guna pula ye pikat laki orang. HAHA! Yang anak dara boleh pakai untuk menaikkan seri. Mana tahu tetiba ada jodohnya. Alhamdulillah. Seri aura positif beryakinan diri depan orang pun boleh uolss..


Jangan marah ye Dato.. tapi memang gel mandian keluaran Dato ni memang berhantu bagi saya. Sampaikan seisi keluarga mencuba gel mandian ini. Hehehe :)




Elianto Blusher Tangerine Love Pallete

$
0
0







Assalamualaikum...


Kali ini Wawa muncul dengan entry tentang review produk kecantikan iaitu produk kosmetik dari Elianto. Sebelum ini Wawa review produk skincare je kan, sekarang tukar selera kejap. Haha! Siapa yang suka makeup atau makeup lover atau newbie baru nak belajar makeup ke, memang eloklah nak tau serba sedikit pasal entry kali ini.




Walaupun drugstore, tapi jangan pandang rendah tau. Sebab harga barang dari elianto pun boleh tahan. Hehe! Nasib masa Wawa beli blusher ni masa tu tengah promosi dari Elianto. Harga asal dalam RM45 gitu tapi promosi hanya RM25 araound only. Wawa terdetik nak cari blusher ni sebab packaging dia sangat comel dan bentuk dalamnya berupa kotak selepas Wawa tengok 1 video tutorial menggunakan blusher ini. Blusher Pallete ini ada dua jenis color iaitu Rose Love & juga Tangerine Love. Wawa pilih Tangerine Love sebab color more to sweet nude manakala Rose Love more to pinky ala-ala sweet barby doll gitu.




Kalau tengok pada gambar atas ini, dia memang ada 4 color dalam 1 pallete. Siapa suka mix color boleh guna mix, tapi kalau tak nak boleh pilih salah satu color. Kalau nak tahu, color yang hujung kiri tu korang boleh juga buat hightlight tau. Haa, nampak tak kat situ dah jimat kos bagi yang ikut harga bajet masing-masing? 


Korang nak tengok Wawa makeup menggunakan Elianto Blusher Pallete?




Inilah rupa Wawa selepas menggunakan blusher pallete Tangerine Love by Elianto. Jangan kecam Wawa muka sebelum makeup. Haha! Cantik tak color blusher? Nampak natural je makeup. Sesuai untuk makeup ala-ala nude. Penggunaan blusher di atas Wawa menggunakan keseluruhan color pallete ini dengan sapuan secara nipis sahaja. Kalau nak tebal boleh ajer takde masalah.




So, bagi korang yang ingin memiliki blusher dengan harga berpatutan dan pigmented, bolehlah pergi ke cawangan Elianto ditempat anda sebelum blusher ini kehabisan stok. Walaupun blusher ni dah lama keluar tapi masih ramai lagi menggunakannya kerana harga yang berbaloi untuk dimiliki dan color yang sangat-sangat pigmented.



Thank You ! See Uolls for the next entry :)




Harum Malam | Supplemen Dalaman Tubuh Badan Wanita

$
0
0





Assalamualaikum..

Harum Malam Supplemen Dalaman Tubuh Badan Wanita | Ramai wanita sekarang kurang menitikberatkan tentang penjagaan dalaman diri kerana dengan kekangan masa untuk fokus kepada pekerjaan mereka. Tapi kini tak perlu risau lagi kerana Harum Malam keluaran Millennial Gel Sdn Bhd yang merupakan 100% syarikat bumiputera dapat membantu mengatasi masalah-masalah dalaman yang wanita hadapi sekarang.


Apa itu Harum Malam?

Harum Malam merupakan supplemen dalaman khas untuk wanita bagi mewangikan tubuh sepanjang masa disamping berkesan secara semulajadi sebagai perapat. Ianya juga membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Yang paling utama, ia dapat merawat masalah seperti keputihan, gatal-gatal di vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir dan lain-lain lagi




Anda mesti tertanya bahan apakah yang digunakan dalam Harum Malam ini. Selamatkah ia digunakan? Jangan risau, kerana produk ini sememangnya HALAL dan telah disahkan oleh KKM. Wawa pernah consume Harum Malam dan kali ini Harum Malam kembali dengan berwajah baru! Antara ramuan yang digunakan adalah ekstrak ros, buah tin, sireh, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria mirifica, pueraria lobata, senna dan strawberry.





KELEBIHAN DAN KHASIAT HARUM MALAM

  • Menghilangkan bau badan
  • Membantu menyegar dan menyihatkan badan
  • Membuang angin dan toksin dalam badan
  • Menegangkan payudara dan membentuk punggung agar lebih montok
  • Menyuburkan dan merapatkan pintu rahim
  • Menguatkan keinginan hubungan seksual suami isteri
  • Mengatasi masalah vagina kering
  • Menghalang bau kurang enak atau gatal-gatal 
  • Meningkatkan dan melancarkan perjalanan dan kitaran haid
  • Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan dan wajah

Masih ragu-ragu dengan kewujudan Harum Malam? Harum Malam telah keluar di kaca televisyen TV AlHijrah dan telah berada dipasaran lebih kurang dalam 7 tahun sehingga kini !






Golongan yang sesuai ambil Harum Malam :

- Anak dara
- Wanita berkahwin
- Wanita berpantang
- Wanita yang menyusukan anak
- Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas

**Boleh di ambil setiap hari walaupun period
**p/s : Untuk wanita yang mengandung tidak dibenarkan consume dikhuatiri akan mengalami kesukaran untuk bersalin (sempit) kerana ia mengandungi kayu serapat.




Cara Pengambilan Yang Betul :

Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur

* Boleh diminum terus.
* Minum air masak banyak selepas minum Harum Malam.
* Pastikan menggunakan sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu, dikhuatiri jika menggunakan sudu besi akan hilang khasiatnya.
* Simpan di peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.


Pantang Larang Harum Malam :

1. Elakkan dari minuman berais.
2. Ibu mengandung tidak dibenarkan.
3. Minum ikut sukatan yang diberikan sahaja. (Tidak dibenarkan mengambil lebih dari sukatan)
4. Untuk kesan yang maksimum, amalkan setiap hari.



TESTIMONI PENGGUNA HARUM MALAM :









Pastikan beli yang ORIGINAL! Anda boleh mengesan produk ini original atau tiruan dengan scan barcode yang terdapat di botol.




Anda tak sabar untuk mencubanya? Jom dapatkan segera dengan harga yang berpatutan!

HARGA HARUM MALAM :

Semenanjung : RM33.00
Sabah/Sarawak : RM39.00

*Kandungan botol 250ml


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi maklumat berikut :

Instagram :@harum_malam_hq
No Tel : 010-4042769 (HP) / 03-33585344 (Office)


Amez Care | Tuala Wanita Berasaskan Bio Herba

$
0
0


Amez Care Tuala Wanita Berasaskan Bio Herba | Bagi wanita yang sudah akil baligh memang akan didatangi dengan bendera merah atau haid. Penggunaan pad (tuala wanita) juga bergantung pada keselesaan setiap individu. Memang banyak jenama pad diluar sana tapi jarang terdapat pad berasaskan herba yang terdapat di pasaraya. Pernah dengar Amez Care? Wawa baru first time dengar dan berpeluang untuk mencuba jenama ini.




Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad

Amez Care merupakan keluaran terbaru yang mengeluarkan tuala wanita yang berasaskan bio herba dalam memberi keselesaan kepada kaum wanita yang didatangi haid. Tuala wanita herba ini direka dengan berkualiti tinggi untuk keselesaan pengguna dengan selamat tanpa sebarang masalah alergik mahupun gatal-gatal di miss V ketika haid. Tuala wanita ini mengandungi herba terpilih seperti aloe vera, papermint, tea plant, chamomile dan lavender yang dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dan ion-ion negatif.

Terdapat empat (4) jenis tuala wanita Amez Care, tetapi Wawa berpeluang untuk mencuba tiga (3) jenis tuala wanita Amez Care iaitu Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan juga Amez Care Overnight.



Amez Care Pantyliner



Amez Care Pantyliner sesuai digunakan setiap hari kerana ianya sangat nipis dan selesa. Bahkan, ianya dapat mengurangkan keputihan. Wawa menggunakannya ketika Wawa dihujung-hujung period atau ketika berjalan untuk keselesaan diri. Bauan herba ini akan menyerap bau yang kurang menyenangkan seperti kita berpeluh berjalan seharian ataupun bau keputihan. Pantyliner ini terdapat 30 pcs dengan berharga RM11.90 sahaja.


Amez Care Day



Amez Care Day untuk kegunaan pada siang hari ketika datang haid. Pad ini mempunyai wing dan ia dapat mengelakkan dari pad beralih arah. Wawa dah mencubanya dan ianya sangat selesa kerana bila pakai rasa macam tak guna pad sebab rupanya yang nipis tapi tidak mudah bocor. Permulaan pakai akan merasa sejuk kerana terdapat kandungan herba papermint dibahagian miss V. Pelekat di wing sangat kuat dan ia memberi keselesaan ketika menggunakannya. Tuala wanita Day ini terdapat 12 pcs dan berharga RM12.90 sahaja.


Amez Care Overnight



Amez Care Overnight pula sangat sesuai dipakai pada waktu malam kerana mempunyai kelebaran dibahagian belakang bagi menghalang kebocoran ketika tidur. Jika ada wanita yang jenis keluar banyak darah haid, boleh juga menggunakannya pada siang hari. Pad Overnight ini juga mempunyai wing dan akan berasa sejuk dipermulaan pemakaian. Pelekat yang kuat dapat menghalang ia dari beralih. Boleh didapati dengan 10 pcs dan berharga RM12.90 sahaja.





KELEBIHAN AMEZ CARE SANITARY PAD :

1. Nipis dan ringan
2. Pelekat yang kuat
3. Penyerapan yang cepat
4. Tahan kebocoran
5. Rasa sejuk 'mint' memberi keselesaan
6. Bekas yang di seal dapat mengekalkan bau herba dari hilang
7. Mengurangkan rasa senggugut
8. Menghilangkan keputihan




Wawa dah mula suka pakai pad herba lagi-lagi yang pantyliner. Memang bila mula pakai pad ini senggugut Wawa tiada! Paling tidak cuma rasa sakit perut biasa jer. Dengan rasa sejuk 'mint' itu sangat-sangat membantu kurangkan masalah ketika period. Cuma satu jer, pad ini mengandungi gel. Wawa tak suka guna pad gel dan Wawa mengalami kesukaran sedikit mungkin sebab tak biasa guna gel kerana Wawa kebiasaannya akan basuh hingga bersih. Tapi satu je Wawa nak puji, walaupun pad ini mempunyai gel, ia tidak terlalu mengembang ketika terkena air dan darah di gel tersebut serta-merta akan hilang. Bukan seperti pad-pad yang lain.




Jika korang memang pengguna pad herba atau ingin mencubanya, korang bolehlah menghubungi maklumat yang tertera dibawah :

Facebook : Amez Care
Instagram : @amezcare 

Sumber Ayu | Wajah Baru Pembersih Wanita Daun Sirih

$
0
0


Sumber Ayu - Wajah Baru Pembersih Wanita Daun Sirih | Siapa kata kawasan intim tidak memerlukan pembersih? Macam muka juga perlukan facial wash atau pembersih muka. Begitu juga dengan kawasan intim wanita. Kalau tidak kekotoran melekat akan mnyebarkan bakteria atau virus dan menyebabkan kegatalan di miss V.  Oleh itu, kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.




Ada beberapa fakta menyatakan bahawa kawasan intim tidak elok dibasuh dengan menggunakan sabun kerana dikhuatiri akan mendedahkan kita kepada risiko jangkitan. Oleh itu, lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasikan dnegan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Ekstrak Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU merupakan bahan utama yang dipertingkatkan bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria dan memberikan kesegaran berpanjangan dari wangian semula jadi daun sirih. 


Dalam satu set ini ada 3 variasi yang Wawa cuba. Sangat friendly user


PEMBERSIH WANITA DAUN SIRIH SUMBER AYU BERWAJAH BARU

Kini, Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Dengan mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih wanita ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap variasi di hiasi dengan kemasan yang lebih terperinci. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur bagi kaum wanita dan didatangi dalam rangkaian enam (6) wangian yang menarik dan pelbagai :




  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk– Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir– Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.



Rangkaian Pembersih Wanitaan Daun Sirih SUMBER AYU yang dibawakan oleh WIPRO UNZA boleh didapati pada harga RM3.60(90ml) dan RM5.80(200ml). Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan juga farmasi. 

Rimas Dengan Rambut Gugur? Nutri M Anti Hairloss Regimen Boleh Selesaikannya!

$
0
0




Rimas Dengan Rambut Gugur? Nutri M Anti Hairloss Regimen Boleh Selesaikannya! | Siapa pernah alami rambut gugur? Korang mesti rimas kan bila tengok segumpalan rambut kat lantai. Bukan segumpal je, bertaburan bersepah! Nak menyapu satu hal. Paling geram even sehelai rambut nampak selepas sapu rasa macam nak mengamuk! Hahaha.. 




Korang masih ingat lagi tak pertanyaan Wawa di facebook seperti gambar di atas ini? Ramai gila yang share produk dan petua untuk rambut gugur. Terima kasih sebab prihatin. Ada juga yang tercari-cari ada tak produk yang berkesan atau yang boleh membantu mengurangkan rambut gugur. Wawa memang amat bermasalah dengan rambut gugur ni. 

Lagi-lagi kalau Wawa sakit kepala migrain, memang habis gugur rambut macam musim luruh. Kalau bangun tidur tengok bantal je dah penuh rambut satu bantal. Kalau mandi pula, sekali basuh rambut, boleh segenggam rambut gugur. Kalau sikat rambut? Jangan tanyalah, memang problems takkan setel. Dah macam-macam petua atau produk lain Wawa cuba tapi sama juga keadaan.

Alhamdulillah, pertanyaan Wawa di facebook telah mendapat perhatian dari seorang pengasas berkaitan produk penjagaan diri dan kesihatan berasaskan herba untuk memberi peluang Wawa untuk mencuba produk beliau. Nutri M mempunyai 2 produk iaitu Anti Hairloss Regimen dan juga Black Shampoo. Mari Wawa perkenalkan serba sedikit tentang produk Anti Hairloss Regimen by Nutri M.





KEISTIMEWAAN NUTRI M ANTI HAIRLOSS REGIMEN

1. Merawat masalah keguguran rambut dengan cepat dan berkesan
2. Dirumuskan dengan 100% herba premium terpilih dan bebas dari kimia
3. Melambatkan proses penumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur
4. Merawat kegatalan kulit kepala
5. Merawat kelemumur selepas 2 kali cucian

Antara kandungan herba premium terpilih adalah Akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'afran dan Akar Halia yang kaya dengan vitamin dan mineral dalam mengembalikan semula kekuatan rambut serta membantu pertumbuhan rambut baru. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.


CARA MENGGUNAKAN ANTI HAIRLOSS REGIMEN


 


Herbal Shampoo ini diperkaya dengan pati bunga Saffron dan juga mempunyai vitamin bagi membaiki rambut yang rosak, menyejukkan kepala secara semulajadi. Cara pakai mula-mula gunakan syampu ini, letak sedikit kat tapak tangan. Walaupun sikit, ianya sudah memadai untuk 1 kali basuhan rambut. Gosok rambut dan urut selama 5 minit supaya herba syampu melekat ke akar kulit kepala. First try memang rasa sejuk je kepala berangin gitu.



Selepas keringkan rambut, terus sapukan gel essence ini yang berfungsi sebagai tonic rambut untuk menguatkan lagi akar rambut dan pertumbuhan rambut baru. Cara pakai amat mudah, picit sedikit dan sapukan dibahagian rambut yang masalah. Urut lama sedikit bagi ianya meresap betul-betul ke dalam akar kulit rambut.



Review / testimoni Wawa selepas menggunakannya :

Selepas dapat saja produk ini Wawa terus mencubanya. Bau herba ala-ala dalam spa menusuk hidung. Tapi bau dia sedap. Bukan bau macam ubat-ubatan herba. Senang kata bau dia sedang-sedang jelah. Kalau korang pernah masuk spa untuk rawatan rambut, memang bau dia seakan ini lah. Bau herba lembut orang kata. Hihi!

Pertama kali mencuba, rasa segar kepala dan Wawa dapati kurang sedikit rambut gugur. Malah, rambut terasa lembut je untuk pertama kali guna. Esok pagi bangun tidur, tengok rambut kat bantal pun dah berkurangan. Wah! Excited weii!! Tapi takpelah, Wawa nak mencuba selama 1-2 minggu. Seminggu Wawa hanya menggunakan 4 kali sahaja. 

Alhamdulillah, dah 2 minggu Wawa mencuba Nutri M Anti Hairloss Regimen ini dan ianya sangat membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Nak kata langsung tak ada gugur mustahil. Kalau ada pun boleh kira berapa helai saja. Tak macam dulu serabut dan rimas tengok.

Jimat boleh tahan 1-2 bulan, ikut pada penggunaan masing-masing.


Testimoni customer-customer yang lain :




INFO PENTING NUTRI M :

1. KKM approved > NOT 150905157K
2. Halal dan selamat digunakan tanpa ragu-ragu
3. Produk milik Melayu BUMIPUTERA
4. Diyakini ramai pengguna sejak tahun 2010




Wawa teramatlah puas hati dengan Nutri M Anti Hairloss Regimen ini sebab ianya betul-betul membantu Wawa atasi masalah rambut gugur. Walaupun tidak secepat seperti testimoni yang lain, tapi ianya berkesan bagi Wawa. Bagi korang yang hadapi masalah yang sama seperti Wawa, bolehlah korang mencubanya. 

Packaging yang sangat menarik, Sesuai jika ingin menghadiahkan pada ahli keluarga, pasangan sendiri atau pada yang berkenaan. Yang penting, ianya very highly recommended!




Rimas dengan rambut gugur? Takkan tengok rambut gugur hari-hari?
Berminat untuk mencuba? 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Instagram : nutri_m
Whatsapp : +6019 311 7254



Collabration with TheCovets | Beauty Magazine

$
0
0





Collabration with TheCovets Beauty Magazine | Semua orang minat untuk jadi cantik, tapi tak semua orang pandai jadi cantik. Jangan rasa rendah diri, sebab TheCovets boleh membantu anda sebagai seorang wanita yang sentiasa memikirkan tentang kecantikan. Terdapat banyak tips-tips yang dikongsikan tentang dunia kecantikan di situ.





Apa itu TheCovets ?


TheCovests adalah sebuah majalah online yang dikenali sebagai "Malaysia's first beauty platform" yang berkongsi tentang dunia kecantikan bukan sahaja luaran bahkan dalaman juga. Antara tips-tips yang disediakan seperti penjagaan skincare, makeup, rambut, perfume, mata dan macam-macam lagi. Jika terdapat brands baru datang ke Malaysia atau Singapura, mereka akan berurusan dengan blogger atau pun influencers untuk promosikan brands terbaru.





Ini antara tips-tips yang terdapat di laman TheCovets. Terdapat banyak lagi maklumat tentang dunia kecantikan. Untuk lebih maklumat bolehlah pergi Thecovets untuk menambahkan lagi ilmu tentang tentang dunia kecantikan.

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini TheCovets telah berkolaborasi dengan blogger seramai 100 orang yang terdiri dari Beauty and Lifestyle Blogger. Dan yang menariknya, Wawa dengan excitednya nak bagitahu bahawa Wawa turut tersenarai dalam 100 orang blogger tersebut untuk berkolaborasi dengan TheCovets-- "Malaysia's first beauty platform" untuk kategori Beauty Blogger. Korang boleh check nama Wawa di senarai contributors.






Oklah, nantikan perkongsian seterusnya dari Wawa tentang TheCovets
Tak sabar nak kongsi tentang kecantikan! Hehehe..


Boleh cari maklumat lanjut tentang TheCovets melalui :-


Instagram : @the.covets
Facebook : TheCovets



Brace 8 | Kurus & Cantik Berseri 2 Dalam 1

$
0
0




Brace 8 - Kurus & Cantik Berseri 2 Dalam 1 | Susah betul sekarang nak maintainkan badan kan? Yelah, Wawa ni memang kuat makan, lagi-lagi bila ada makanan simple tapi menyelerakan. Aduh, rasa tergugat bila menahan. Tapi sekarang Wawa tak perlu risau lagi kerana Wawa terjumpa satu produk yang diformulasikan dengan 2 dalam 1 ni! Sebab apa? 

Kebanyakkan produk kurus yang dikeluarkan sekarang berbentuk kapsul, tapi dengan Brace 8 Slimming & Whitening by Brace Beaute HQ mengeluarkan produk kurus berupa serbuk iaitu dengan hanya kemam dibawah lidah dan telan sahaja. Mudah bukan? Yelah, sekarang zaman semua nak mudah, tak perlu nak telan pil bagai apa semua. Bukan untuk kurus je, untuk cantik berseri pun boleh tau. Jarang dengar produk kurus dan cantik kan?

Jom Wawa perkenalkan serba sedikit tentang Brace 8 ini.



KANDUNGAN BRACE 8 SLIMMING & WHITENING


1. Collagen

· Mempercepatkan kadar penyembuhan kulit mati
· Memperbaharui sel kulit
· Melembutkan kulit

2. Teh Hijau

· Menurunkan kadar kolestrol dalam darah
· Anti Oksidan dan awet muda
· Merangsang penurunan dan membakar lemak secara semulajadi 

3. Garcinia Combogia


· Merawat masalah perut buncit 
· Menghilangkan pembentukan lemak asid (lipid synthesis) 

4. Hoodia


· Memperbaiki metablisma tubuh badan
· Membantu mengawal selera makan

5. Guarana

· Sebagai suplemen untuk menu diet menurunkan berat badan.
· Meningkatkan stamina dan tenaga tubuh.
· Melancarkan sistem pencernaan

6. Aloe Vera

· Mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
· Menghilangkan pigment hitam dan melicinkan kulit




CARA PENGGUNAAN / PEMAKANAN

Ambil 1 satu scoop/5gram sehari dan kemam pada bawah lidah. Paling sesuai diambil sebelum makan dan selepas makan setiap malam. Banyakkan meminum air masak atau mineral 3 liter sehari dan makan banyak buah dan sayur-sayuran. Jauihi minuman berkafein.3 in 1 atau bergas.

Untuk kesan yang lebih baik, hendaklah diambil secara konsisten. Jangan skip-skip nanti resultnya pun loading jelah. Hehe..


REVIEW WAWA CONSUME BRACE 8




 Mula-mula dapat Brace 8 ni, Wawa sangat teruja sebab packaging dia yang comel tapi isi yang padat cukup untuk consume selama sebulan. Brace 8 ini berperisa coklat, memang sedap dan senang nak consume sebab dia berupa serbuk.




Start consume Brace 8, ianya mengawal nafsu selera makan. Malah, ianya tidak mengganggu rasa sakit perut tapi ia melancarkan sistem penghadaman kita tanpa perlu berulang-alik ke tandas. Walaupun dengan hanya satu scoop, tapi ia sangat mengenyangkan. Untuk permulaan consume ni, Wawa kerap buang angin. Hehe.. Mybe angin dalam badan banyak sangat kot.

After seminggu consume, Wawa dapat rasa kulit Wawa rasa licin dan lembut jer. Yelah, collagen dalam Brace 8 kan ada, itulah fungsi collagen sambil merawat kulit muka sambil kurus. Hehe.. Ini memang betul-betul 2 dalam 1 lah. Bahkan rasanya juga seakan susu tepung coklat. Sedap diratah begitu sahaja atau jika tak selesa, boleh bancuh dengan air juga.





TAWARAN MENJADI AGEN AFFILIATE BRACE BEAUTE

Berita baik untuk anda! Pihak Brace Beaute mengajak anda untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen affiliate mereka.

Brace Beaute merupakan Gerbang Pusat Membeli Belah bersistem Affiliate dropship. Terdapat 4 pakej utama untuk menjadi agen dropship BRACE BEAUTE dan seterusnya layak untuk mendapat bonus setiap kali belian semula ataupun bonus pengenalan produk kepada pengguna.


Antara Produk-Produk Brace Beaute :

1. Freely Face Serum (3 botol) = RM198
2. Diamond Firming Serum (3 botol) = RM198
3. Brace 8 Slimming (1 botol) = RM198
4. Wonder Perfume (1 box) = RM198


RM198 adalah harga yang perlu dibayar untuk berdaftar sebagai agen dropship BRACE BEAUTE. Anda boleh pilih salah satu pakej yang disediakan di atas untuk berdaftar dengan BRACE BEAUTE. Harga termasuk yuran keahlian BRACE BEAUTE.


BONUS PENGENALAN PRODUK


Sekiranya setiap agen yang berdaftar dengan BRACE BEAUTE, membuat jualan ataupun membuat belian semula mengikut pakej di atas, agen akan mendapat bonus seperti berikut :

Level 1 : RM40
Level 2 : RM15
Level 3 : RM10
Level 4 : RM5
Level 5 : RM5
Level 6 : RM5
..........................
Total : RM80


Woowww.. Menarik kan?? Cuma kenalkan produk keluaran BRACE BEAUTE kepada orang ramai. Jikalau ada yang berminat anda sudah mampu mendapat keuntungan sehingga RM80 dengan setiap 1 pakej terjual.

Brace Beaute memberikan anda gaji RM1500 - RM3000 sebulan dengan bermodalkan serendah RM198.

Sesiapa sahaja boleh berniaga online atau offline bersama brace beaute.

JOMM.. TUNGGU APA LAGI.
Ramai-ramai jadi Agen Affiliate Dropship Brace Beaute.

Jom bertindak sekarang !



Harga : RM210 sebotol
Berat : 300gram

Harga agen affiliate : RM198 sebotol


Untuk keterangan lanjut tentang Brace 8, bolehlah hubungi :

Facebook Page : Brace Beaute HQ
Facebook : Zul Fattah Saleh
No tel : 011-16840717




Pek Fleksi Safi Shayla Kini Lebih Jimat!

$
0
0





Pek Fleksi Safi Shayla Kini Lebih Jimat! | Kali ini Wawa nak cerita sedikit tentang syampu harian Wawa selepas Wawa membaiki rambut gugur dengan satu produk sebelum ini. Barulah Wawa berani untuk menggunakan syampu harian seperti biasa. Family Wawa merupakan pengguna Safi Shayla yang dalam botol termasuklah Wawa jika tiada masalah rambut yang teruk. Rambut adalah mahkota wanita. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang bertudung kerana ianya memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut sentiasa kelihatan sihat dan bermaya.




SAFI SHAYLA, SYAMPU WANITA BERTUDUNG

Namun, kini semua wanita yang bertudung khususnya tidak perlu risau lagi kerana pihak SAFI telah mengeluarkan satu inovasi baru iaitu Safi Shayla Pek Fleksi yang diperkaya dengan Habbatus Sauda, dimana ia boleh digunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula. Bahkan, ia juga boleh dibawah ke mana-mana tanpa risau lagi.

Dengan satu syampu ini ianya sangat menjimatkan kerana ia boleh didapati dengan harga mampu milik. Dahlah murah, jimat, mudah dibawa. Memang mudah untuk digunakan. Dahulu, Wawa menggunakan yang warna hijau untuk rambut segar bermaya. Yelah, sebab dulu tak ada masalah rambut zaman muda mudi. Hehehe.. 




Kali ini Wawa dapat mencuba pek fleksi berwarna biru iaitu untuk anti kelemumur. Walaupun Wawa tiada kelemumur, tapi sesuai juga dipakai kerana kadang-kadang rambut kita ni lembab bila bertudung, ada sesetengah orang akan ada kelemumur. Alhamdulillah, Wawa pakai warna biru dahlah bau wangi yang amat, rambut pun rasa segar dan lembut dan terhindar dari kelemumur.

Bukan itu sahaja, Pek inovasi bersaiz 480g ini sangat memudahkan pengguna untuk membawanya kemana sahaja. Terdapat pelbagai warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi bagi setiap masalah rambut. Antaranya ialah :







Safi Shayla Pek Fleksi boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya pada harga RM14.65 sahaja. Sangat jimat kan? Boleh tahan 2 bulan untuk penggunaan harian. Guna sedikit sahaja tapi bau wangi menusuk hidung! Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, boleh layari :-



Facebook


Instagram


Youtube







EPHYRA Collagen Drink | Mengembalikan Seri Wajah!

$
0
0





Ephyra Collagen Drink Mengembalikan Seri Wajah | Kalau dulu Wawa rajin amalkan minum minuman collagen dari satu produk tu untuk kulit muka, tapi Wawa tak rajin sejak dah busy final exam last year kat universiti tahun 2013/2014. Lately, kulit muka Wawa mula start kusam dan tak bermaya. Lagi-lagi masa nak uruskan majlis kahwin bulan 7 lepas. Jerawat sana-sini tumbuh tak henti-henti maybe sebab Wawa dalam keadaan stress.

Syukur alhamdulillah, kini Wawa mula amalkan minum Ephyra Collagen Drink. Yang paling best adalah Ephyra Collagen Drink ini mempunyai collagen yang bertindak sebagai protein yang terdapat dalam badan kita dan membantu kulit kita dari kering, kusam tak bermaya dan rambut gugur. Tak silap Wawa collagen dalam badan kita akan berkurangan mengikut peningkatan usia. Mungkin sebab itulah collagen Wawa kurang sebelum ini. Sebab itu pentingnya collagen dalam tubuh badan kita.





Ephyra Collagen Drink adalah minuman supplement kesihatan yang dikategorikan dalam makanan tambahan. Ia berfungsi untuk menyelesaikan masalah kulit muka dan badan yang bermasalah seperti kusam, berjerawat, dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, minuman ini diformulasikan dengan 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida. Antaranya ialah :

  • Kolagen Ikan Laut Dalam
  • Acai Beri
  • Gam Akasia
  • Salmon Ovari Peptida
  • Ekstrak Bunga Marigold
  • Acerolla Ceri
  • Serbuk Tomato
  • Superberi
  • Astaxanthin

Ada KKM ke Ephyra ? Halal ke produk ni?

Korang tak perlu risau lagi, tak perlu ragu-ragu lagi sebab Ephyra ni dah dikenali sejak tahun 2012!

  • Disahkan oleh KKM : Ruj (10) dlm KKM-163/s/25 jld.172
  • Diperakui HALAL oleh JAKIM
  • Mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product)
  • Dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan

Kalau nak tahu, produk ini sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan disemua peringkat umur. Malah, ibu-ibu yang hamil, menyusu badan dan dalam pantang juga boleh minum Ephyra Collagen Drink ini. Kanak-kanak umur seawal 4 tahun pun boleh start minum tau! Wawa suka dengan rasa minuman ni, sebab rasa segar dia macam rasa jus oren!





MANFAAT EPHYRA KEPADA BADAN


1. Meningkatkan sistem imunisasi badan
2. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
3. Sebagai agen detox yang baik bagi mengeluarkan toksik dalam badan
4. Menyeimbangkan hormon dalam badam
5. Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
6. Menganjal kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
7. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
8. Memberikan tenaga yang berpanjangan
9. Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan



MANFAAT UNTUK IBU HAMIL/MENYUSU BADAN/DALAM BERPANTANG


1. Mempercepat penyembuhan luka bersalin dengan pantas
2. Memberi tenaga agar boleh membuat rutin harian
3. Menambahkan susu badan
4. Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
5. Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
6. Bayi juga mendapat manfaat dari penyusuan badan



TESTIMONI DARI WAWA SENDIRI SELEPAS 3 MINGGU LEBIH AMALKAN EPHYRA COLLAGEN DRINK


Kalau nak tahu, kulit Wawa bermasalah sejak menukar local skincare. Jerawat mula bertubi-tubi timbul kat muka. Tapi selepas pulih sementara, hanya bekas jeragat yang tinggal. Namun, bukan berakhir kat situ sahaja, masa Wawa tengah busy uruskan hal kahwin sehinggalah nak ke majlis bertandang pada awal bulan 10 lepas, ada satu jerawat ni degil sangat tak nak hilang kat hidung. Kalau tengok dari mata ke tempat hidung, boleh nampak timbul jerawat tu. Kalau kecut pun sekejap je nanti time period datang balik.


Haa, nampak tak gambar sebelum tu kat hidung? Itulah jerawat yang paling degil stay dari sebelum kahwin bulan 7 lepas sampailah Wawa consume minuman ini barulah dia hilang. Lama kot, hampir nak 3 bulan dia 'setia' kat hidung. Huhu...


Kulit makin berseriLAHHH...

Gambar yang diambil ini tanpa makeup. Sebelum dan juga selepas tanpa makeup untuk menunjukkan hasilnya. Dengan hanya 3 minggu lebih (hampir nak sebulan), Ephyra berjaya membantu mengurangkan masalah pada kulit, tona kulit muka pun dah kembali pulih tak nampak kusam. Sampaikan husband pun tegur "kulit muka sayang dah nampak berseri dari sebelum ni..". Excitednya bila husband perasan. Yelah, orang yang sentiasa ada disisi kita kan, mestilah dia tahu.

Bukan itu sahaja, rasa mudah kenyang dan memberi tenaga untuk buat rutin harian. Kalau dulu, Wawa mudah penat  bila baru mula buat satu kerja. Tapi kali ini kurang sedikit.


CARA-CARA PENGAMBILAN EPHYRA COLLAGEN DRINK

Di sini Wawa sertakan video berdurasi selamat 50 saat cara-cara pengambilan minuman ini.




1. Ambil 1 sachet dan tuang ke dalam shaker.

2. Tuang air masak atau air sejuk 180ml. 

3. Goncang sehingga sebati dan minum!

p/s : ambil 1 sachet sebelum sarapan pagi dan 1 sachet  selepas makan malam


PENTING !!!! jangan buat tak tahu....

  • DILARANG membancuh dengan air panas kerana dikuatiri khasiatnya akan terbantut
  • Banyakkan minum air masak selepas minum untuk kesan lebih optimum
  • Kurangkan minum kaffein (kopi) dan minuman bergas. Bagi yang suka minum boleh jarakkan pengambilan dengan minuman ephyra ini
  • Ambil ketika perut kosong amat digalakkan kerana dapat meningkatkan kadar penyerapan nutrient
  • Tindakbalas berbeza-beza mengikut metabolisme masing-masing
  • Digalakkan minum secara konsisten

Macam mana nak tahu Ia Original/Tulen?




Boleh tak kalau nak cuba sikit dulu untuk tahu serasi atau tidak dengan badan dan kulit? 

Boleh sangat. Ephyra mempunyai PREMIUM PACK untuk penggunaan selama sebulan (30 sachet) beserta shaker, dan TRIAL PACK untuk penggunaan selama 10 hari sahaja (tanpa shaker).


HARGA 

RM 197 (Premium pack)
RM60 (Trial pack)


 Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :



Instagram :@ephyra2u

Whatsapp :019-3999238 / 03-41417889

Atau boleh dapatkan melalui pengedar-pengedar yang sah, 
kedai jamu atau farmasi terpilih seluruh negara.

Jus Qalbi Al-Ehsan | Pengawal Kolestrol Dalam Tubuh Badan

$
0
0




Jus Qalbi Al-Ehsan Pengawal Kolestrol Dalam Tubuh Badan | Seringkali kita terdengar tentang kolestrol berlebihan, tetapi kita tidak pernah menitikberatkan tentang soal kesihatan. Kolestrol berlebihan bukan sahaja terdapat pada orang yang berbadan besar, malah orang yang berbadan kecil pun ada. Kolestrol berlebihan boleh membuatkan kita terkena serangan jantung. Jadi, eloklah kita mencegah dari merawat.




Bertindak sebagai Pengawal Kadar Kolestrol 

Jus Qalbi merupakan salah satu supplemen tambahan dimana ia mampu memberi tenaga tambahan bagi melancarkan peredaran darah dan juga menguatkan lagi fungsi jantung. Dengan menggunakan 100% asli tanpa bahan pengawet yang terdiri daripada 5 bahan terpilih iaitu bawang putih, halia, cuka epal, lemon dan madu asli ianya mampu mengawal kadar kolestrol yang terdapat dalam tubuh badan kita tanpa perlu risau lagi.




Dengan adanya Jus Qalbi Al-Ehsan ini, risiko untuk dapat penyakit seperti jantung tersumbat, asma, darah tinggi, gout, kencing manis, dan kebas tangan kaki semakin berkurangan dengan izinNya jika diamalkan secara konsisten. Bukan itu sahaja, Jus Qalbi ini juga bertindak sebagai agen pelangsingan badan yang terbaik kerana dapat melancarkan sistem penghadaman tanpa masalah sembelit.


KEBERKESANAN MINUM JUS QALBI 

  • Mencuci dan membuang kolestrol
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Merawat sakit dada
  • Menambah tenaga dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Merawat penyakit jantung
  • Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Menyingkirkan  toksin dalam badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Mampu menurunkan berat badan
  • Melancarkan sakit kepala dan sakit badan


CARA PENGAMBILAN JUS QALBI

Ia sangat mudah untuk diambil. Sila goncang dahulu botol bagi jus sebati. Kemudian, ambil 1 sudu makan sebelum sarapan pagi dan 1 sudu makan sebelum tidur. Ingat !! nak minum jus ini hanya guna sudu plastik sahaja ya! Disyorkan untuk letak dalam peti sejuk selepas buka penutup botol.




Pengalaman Mencuba Minum Jus Qalbi


Rasa Intipati Jus Qalbi ini mula-mula bau bawang putih yang sangat kuat. Mula-mula Wawa memang tak boleh bau sebab Wawa alah sikit bau bawang putih yang menusuk hidung ni. Tapi kalau nak sihat, nak tak nak kenalah berkorban sikit untuk kesihatan. Alhamdulillah, tekak boleh terima untuk telan sebab bau dia just masa sebelum minum je, bila masuk ke tekak just rasa masam-masam bergas gitu.

Tapi korang jangan risau, sebab jika korang tak boleh telan terus korang boleh bancuh dengan air sebagai perisa tambahan. Kali kedua Wawa cuba dengan bancuh air suam barulah tak ada masalah. Minuman supplemen kesihatan memanglah rasa dia kelat sikit tapi sedap sebab masam-masam manis bergas. Hehehe...

Badan pun rasa ringan dan kerap buang angin. Memang bagus minum ni. Rasa lega bila angin dalam badan keluar dengan baik.




Jus Qalbi Al-Ehsan boleh didapati dengan dua size iaitu 250ml atau 500ml


Harga sebotol :- 

RM79 - Jus Qalbi Al-Ehsan 250 ml 
RM149 - Jus Qalbi Al-Ehsan 500 ml 

Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini, bolehlah anda hubungi mereka :-

Instagram : @qalbialehsan
No Office : 03-5511 4366
No tel : 017-7300 366 / 017-3730366










Spray 8 Furleybio | Merawat Luka DI Kulit dengan Pantas

$
0
0



Spray 8 Furleybio Merawat Luka DI Kulit dengan Pantas | Bohonglah kalau anda tidak pernah luka-luka pada kulit? Tak kisahlah luka tercucuk jarum ke, luka garu badan sampai darah ke, luka sebab jatuh longkang ke, mesti pernah terjadi kan? Yang paling anda risau luka lambat baik jika luka tu jenis dalam. Kadang-kadang jika tak jaga dengan baik, akan bernanah pula. Tapi kali ini, anda tak perlu risau sebab sudah ada produk pemyembuhan luka semulajadi dengan pantas. Apakah itu???





SPRAY 8 by Furley Bioextract

SPRAY 8 merupakan ramuan semulajadi untuk rawatan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit. Ini kerana ia mengandungi bahan bioaktif dari ekstrak kulit manggis yang mempunyai fungsi anti-inflamasi, dan ekstrak neem yang mempunyai fungsi anti-fungal, analgesik dan anti bakteria. Oleh itu, ia berpotensi untuk memulihkan kulit anda dan mengembalikan kulit yang sihat.

Spray 8 terbukti berkesan untuk semua jenis penyakit kulit, melecur, gatal-gatal, ruam dan luka yang telah dijangkiti kuman. Tapi kena ingat ye, ia TIDAK SESUAI untuk memulihkan parut jerawat/jeragat.




Yang bestnya bila menggunakan  Spray 8 adalah ia dapat mengurangkan potensi dari terjadinya parut dari kesan garu luka pada kulit dan mewujudkan penyembuhan yang pantas. Jadi, kulit akan kembali sihat seperti sedia kala tanpa adanya kesan parut pada kulit. Bukan itu sahaja, Spray 8 juga tiada alkohol dan juga steroid kerana ia menggunakan ramuan semulajadi dan selamat untuk digunakan dan sesuai dengan semua peringkat umur.


KANDUNGAN SPRAY 8

Spray 8 mengandungi air, DermaXan (ekstrak manggis), PEG-40 hydrogenated castor oil, vitamin E, 2-phenylethanol, caprylyl glycol dan juga minyak pati.


Adakah ia SELAMAT digunakan?

Untuk pengetahuan anda, pihak Furley Bioextract telah mendapat :-


  • Pensijilan HALAL oleh JAKIM
  • Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - NOT141004348K
  • Kilang mendapat pensijilan HCCP & GMP





KELEBIHAN MENGGUNAKAN SPRAY 8


  1. Menyembuhkan kesan terbakar
  2. Mengurangkan dan merawat parut
  3. Mengurangkan gatal-gatal dan ruam
  4. Mengurangkan keradangan kulit dengan cepat
  5. Melembabkan kulit
  6. Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  7. Menghalang dari jangkitan microb/kuman

SPRAY 8 juga BERKESAN untuk masalah kulit seperti :

  • Luka Diabetes
  • Luka Varikos
  • Alergi
  • Ekzema
  • Kudis Katil/Sel Mati
  • Luka Pembedahan
  • Kulit Rapuh
  • Melecet
  • Melecur terkena air panas
  • Calar

Bagaimana Cara Penggunaan yang betul?

1. Bersihkan  luka dan lap hingga kering.
2. Sembur SPRAY 8 pada kawasan luka anda dengan jarak 15cm. 
3. Biarkan ia meresap ke dalam kulit  selama 5 minit.
4. Jangan membilasnya.
5. Gunakan secara berterusan, 3x sehari.


** Tidak perlu goncang sebelum menggunakannya.
** Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan elakkan daripada cahaya matahari.
** Elakkan dari tersentuh mata anda.
***UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA.






HARGA SPRAY 8

SPRAY 8 boleh didapati dengan 2 size

50 ml  -  RM35
100 ml  -  RM50

ADA DISKAUN UNTUK READERS WAWA !!

Diskaun sebanyak RM10 akan diberikan untuk anda. Sebelum itu, hendaklah anda :

1. Daftar masuk ke website https://store.furleybio.com/

2. Pilih produk yang dikehendaki

3. Masukkan code Coupon ini : FBIO-VS7

ATAU 

Nak lebih mudah klik je link ini bit.ly/2fJWndI untuk membeli dengan diskaun!


Dapatkan segera spray penjagaan luka semulajadi anda sekarang di store.furleybio.com dan juga farmasi tempatan sebelum habis !

Untuk membeli dan maklumat lanjut sila ke :

Websitehttps://store.furleybio.com/ 





Enchanteur Paris | Menyerlahkan Pesona Diri & Segar Sepanjang Hari!

$
0
0



Enchanteur Paris Menyerlahkan Pesona Diri & Segar Sepanjang Hari | Orang perempuan ni memang kalau boleh nak lengkap set penjagaan diri, penjagaan muka dan macam-macam lagi. Lagi-lagi yang bau wangi tu memang menggoda. Korang tahu tak Enchanteur Paris telah mengeluarkan variasi terbaru dalam keluaran baru ni? Baru-baru ni Wawa ada dapat 1 box dari Enchanteur Paris, dan bau wangi dari luar kotak dah semerbak harum! Nak tahu apa keluaran baru? Sebelum tu meh berkenalan dengan Enchanteur Paris bagi yang first time dengar. Tapi Wawa rasa semua dah kenal sebab dah banyak kali keluar TV.




Inilah box dari Enchanteur Paris yang Wawa dapat. Wangi gila! Dalam box pun masih wangi apatah lagi dari dalam parcel. Memang betul-betul memukau lah!


Jom Kenal dengan ENCHANTEUR PARIS !

ENCHANTEUR PARIS adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seorang wanita.

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dalam rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan variasi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita segar tubuh badan sentiasa sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkain deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran stick serta perfume spray, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu :




1.  ENCHANTEUR PARIS  MON AMIE

Rangkain ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat-sat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Perfume Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie.

ENCHANTEUR PARISMon Amie turut menawarkan Losyen Wangian Lembapan Berganda(Double Moisture Perfume Lotion), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang berterusan dan sepanjang hari disamping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyegar(Whitening & Refreshing Deodorant)ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amieuntuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


2.  ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR

Rangkaian ENCHANTEUR PARISBelle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian PencerahENCHANTEUR PARISBelle Amour 3 kali ganda pemcerahan (Triple Whitening Perfume Lotion) yang memberi manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti-Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Perfume Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.


3.  ENCHANTEUR PARIS ADORE

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahab yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS Adoredengan Perlindungan Anti-Bakteria (Antibacterial Care Perfume Lotion) memastikan kulit sentiasa dlindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti-Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Perfume Anti-Persporant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar.

Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Perfume Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.





Dalam 3 variasi ini, Wawa dapat mencuba setiap jenis iaitu losyen, deodoran anti-perspirant dan juga deodoran mist. Mari Wawa nak review sikit untuk ketiga-tiga jenis ini.




Triple Whitening Perfume Lotion ENCHANTEUR PARIS Belle Amour ini sangat best sebab dia wangi dan terasa lembut je kulit. Ia dengan manfaat pencerahan 3x ganda ini direka dnegan 3 agen pencerahan untuk mengatasi masalah kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Dengan adanya Vitamin B3 ini ia dapat mengekalkan kelembapan pada kulit kita.

Dengan menggunakan losyen ini ia bukan sahaja mengekalkan kulit yang cantik dan sekata bahkan is memberi seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour. Losyen tiub ini boleh didapati dengan berharga RM7.50 untuk 100ml dan untuk yang botol berharga RM16.95 untuk 300ml sahaja.




Perfume Deo Mist ENCHANTEUR PARIS Adore ini pula memang best dengan bauan aroma dari bunga dan buah-buahan (bau seakan lavender) sejuk je rasa fresh gitu. Wawa suka dengan bau Adore sebab ini antara bau kegemaran Wawa sebab suka sangat bau bunga dan buah. Wawa selalu pakai yang ini pada waktu untuk berjalan.

Ia memberi keyakinan yang berpanjangan sehingga 24 jam kerana ia mudah serap dan kekal bau harumannya walaupun berpeluh. Deo Mist ini boleh didapati dengan harga RM10.10 untuk 100ml sahaja.




Whitening & Refreshing Perfume Anti-Perspirant Deodorant ENCHANTEUR PARIS Mon Amie pun best, bau dia seakan bau bunga matahari sesuai mereka yang suka dengan deodorant jenis stick atau losyen ni. Kalau yang ini Wawa lebih selesa guna pada waktu malam sebab kurang bergerak buat apa-apa aktiviti dan wangi dia memang superbb! Boleh pikat suami gitu.. Hehe...

Ia memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering bagi mengurangkan pembentukan melanin. Butiran kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.

Deodorant Stick ini boleh didapati dengan berharga RM8.70 untuk 50ml sahaja.




JANGANtunggu lagi !!!


Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua pasaraya / pasaraya besar / farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari :



FB Page : EnchanteurMy

Instagram :@enchanteurmy



Viewing all 299 articles
Browse latest View live