Quantcast
Channel: WawaAshihara
Viewing all 299 articles
Browse latest View live

Program Mudah Kurus Dr Malinda | Pakar Kurus Badan Anda!

$
0
0



Program Mudah Kurus Dr Malinda - Pakar Kurus Badan Anda! Tahukah anda bahawa Malaysia tersenarai antara 10 negara yang mempunyai obesiti? Perkara ini terjadinya lebih pada zaman moden dek kerana rakyat Malaysia sekarang tidak peka dengan gaya pemakanan yang sihat. Antaranya mempunyai tinggi karbohidrat, gula berlebihan dan paling tidak ramai yang gemar amalkan pemakanan nutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.


BAHAYA OBESITI

Obesiti ini akan terjadi jika peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu wanita dengan melebihi 32% lemak badan dan lelaki dengan  melebihi 25% lemak badan. Dengan adanya obesiti ini, ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti :


  • Diabetes (kencing manis)
  • Hipertension (Darah tinggi)
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Stroke (Angin ahmar)
  • Batu Hempedu
  • Penyakit kanser payudara/prostat/usus besar
  • Masalah pernafasan
  • Gout
  • Infernility
  • Alzheimer's
  • Sleep Apnea

Jom Kenali JENIS LEMAK !

Korang kalau diet tapi susah nak turun tu, memang adalah tu lemak degil. Sebenarnya tak semua jenis lemak itu sama tau, sebab kita ada 3 jenis lemak dalam badan kita :


1. Lemak Untuk Struktur 

'Lemak baik' ini penting sebab ia melindungi organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa muka. Lemak ini kebiasaannya digunakan sebagai sumber tenaga


2. Lemak Normal 

'Lemak baik' ini pula ada di sekitar tubuh dan digunakan untuk dibakar sebagai sumber tenaga apabila diperlukan keran ia berfungsi sebagai Tangki Tenaga.


3. Lemak Abnormal

'Lemak tak baik' adalah lemak yang memang tidak diperlukan oleh badan kerana ia tersimpan dibawah kulit dan akan menyebabkan perut buncit dan lemak berlipat-lipat pada badan.

Lemak macam tu memang susah nak hilang. Itulah sebabnya bila diet tapi tak menjadi. Sebab lemak macam ni dia akan kekal je dalam badan tak tak mudah dibakar. Ia hanya dibakar bila time kebulur, bila kenyang dia terkumpul semula. Susahkan macam tu? Macam mana nak bakar lemak degil yang jenis 3 tu?





Inilah yang ingin diperkenalkan iaitu Program Mudah Kurus bersama Dr Malinda iaitu Pakar Kurus Anda! Program ini merupakan satu transformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG).

hCG sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dengan kadar yang tinggi terutama ketika wanita hamil bagi memastikan perkembangan bayi sihat serta memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan untuk digunakan sebagai sumber tenaga. hCG bertindak sekiranya tubuh berada dalam keadaan 'kebuluran' dimana ia akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenga dan memberi 1500-4000 kalori sebagai tenaga.


Bagaimana hCG bertindak sebagai rawatan obesiti?

hCG bertindak dengan mengurangkan lemak badan melalui tindakan atau 'trick' kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Ia boleh mengawal semua kalenjar endokrin dalam badan dan membantu mengawal tekanan darah, suhu badan, selera badan dan berat badan.

Terjadinya obesiti apabila hipothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolisme, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan tak terkawal dan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian utama. 


DIET SIHAT & DIET RENDAH KALORI?

Tak perlu risau kerana dalam program ini, semua manual dan menu pemakanan akan disediakan. Program ini lebih kurang kepada 'detox' sebab yang perlu di ambil adalah diet yang sihat bagi memastikan ia betul-betul membersihkan sel-sel badan. Bukan itu sahaja, korang juga akan merasa kurang lapar sepanjang perjalanan program ini malah akan merasa lebih bertenaga kerana ia lebih selamat dan membekalkan supplemen sebagai nutrisi tambahan.



Adakah BERAT BADAN berubah?

Dalam program ini, potensi penurunan berat adalah 0.5kg sehari. Tetapi kebiasaannya antara 6-8kg, bergantung pada individu tersebut. Ini kerana ia membantu meningkatkan metabolisme badan dari berlakunya kesan kenaikkan berat yang mendadak setelah berhenti program. Dengan bantuan pakar, program ini hanya mengambil masa hanya dalam 23 hari dengan 3 fasa yang berbeza iaitu loading phase, burning phase dan maintainence phase.

Inject Sendiri? Program ini hanya perlu mengambil injection sahaja setiap pagi iaitu sebelum sarapan pagi dengan hanya inject dibahagian lemak perut yang mahu dibuang. Itu sahaja. Tak perlu cari urat nak inject pun. Tak perlu khuatir, sebab ada yang pakar akan membantu korang membuat suntikan yang betul.

Ini antara testimoni dari peserta program Dr Malinda ini yang berjaya :








KEBAIKAN MEMBUAT RAWATAN HCG

Dalam mana-mana program mahupun produk, ada pro dan kontranya. Kebaikan dalam melakukan rawatan hCG ini adalah :

  1. Membantu badan jadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber)
  2. Memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan
  3. Mengurangkan 'food craving' terhadap karbohidrat dan gula
  4. Menseimbangkan sistem endokrin supaya lebih fokus dan bertenaga
  5. Mengurangkan dan memperbaiki tahap radang dalam badan

Ada KESAN SAMPINGAN sepanjang RAWATAN HCG?

Rawatan hCG ini dipantau oleh doktor dan ianya diyakini selamat. Tiada kesan sampingan yang serius tetapi kemungkinan akan rasa kesan seperti sembelit, lapar, letih, pening atau cramps yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Tapi jangan risau! Kerana pengambilan air yang banyak dan supplemen akan membantu. Itulah sebabnya penting air yang banyak dalam sesi penurunan berat badan.


Boleh ke SAYA BERJAYA seperti yang lain?

Mana-mana perkara yang kita lakukan, mesti kena ada kesungguhan dalam diri, disiplin, konsisten dan yang penting keyakinan dalam diri untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. SETkan dalam minda tu bahawa anda sertai program ini bukan untuk diet, tapi untuk lebih sihat!



Buat yang ingin menyertai, 
turut disediakanPROMOSI DISKAUN ISTIMEWA bulan ini dan 
tak lupa juga FREE GIFT untuk anda !

Jika ingin tahu maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi yang tertera :

Whatsapp : +6017-508 4430

Email : drmalinda@gmail.com





Pelancaran Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics

$
0
0






Pelancaran Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics | Baru-baru ini Wawa berpeluang untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Produk dan Butik Dr Irma Skincare & Cosmetics yang telah dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar  bertempat di Galleria Kotaraya, Johor Bahru pada 4 Disember 2016 yang lalu. Buat pengetahuan anda, produk yang diformulasikan oleh pengasas sendiri ini, Dr Irma telah dibuat dengan menggunakan bahan-bahan asli dan pati tumbuhan (essential oils).

Siapa Dr Irma?

Dr Irma Shida bt Abu Samah, pengasas produk ini merupakan seorang doktor pergigian dan anak jati Johor. Dan kini beliau telah memulakan pemasaran produknya secara online pada awal 2016 dan kini jenamanya telah berkembang kepada penjualan secara retail dengan perasmian Butik Kecantikan Dr Irma Skincare & Cosmetics.




Bukan itu sahaja, majlis ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pengenalan dan penjualan produk, peragaan produk oleh model dan artis, sesi make-over menggunakan produk Dr Irma dan yang paling best sekali adalah acara sesi ' meet and greet' dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Redza Rosli, Azrel Ismail, Zarol AF, Tiaz Al-Khred dan celoteh DJ Dave dari Johor FM.





Majlis Pelancaran Tabung Bakti Irma Ariandi

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penampilan Fahrin Ahmad bagi megumumkan majlis pelancaran tabung bakti Irma Ariandi bagi yang kurang berkemampuan, yang merupakan tabung kutipan dimana dari setiap pembelian sebanyak RM 1 akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut. Usaha ini sangat bernilai kerana membantu orang yang kurang berkemampuan.





Produk Dr Irma Skincare & Cosmetics

Antara produk hasil usaha dan yang diformulasikan oleh Dr Irma dalam rangkaian jenama DR IRMA telah dihasilkan dan terdiri daripada 6 produk iaitu Radiant White BB Serum Foudation, Radiant White Cleanser, Radiant White Vitamin C Serum, Radiant Glow CC Foundation, Radiant Clear Derm-Tonic dan Radiant Clear Derm-Purifier. 

Pengguna produk yang terdiri dari rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei memberi maklumbalas yang amat memberangsangkan. Dan mereka juga yakin dan percaya bahawa produk ini akan bersaing dengan jenama-jenama hebat dengan menembusi pasaran global pada masa akan datang.


SET RADIANT WHITE



SET RADIANT CLEAR



RADIANT GLOW



RADIANT CHEWIES



Amacam? Cantik tak packaging produk? Gabungan warna emas dan hitam tampak ekslusif tapi jangan terkejut jika tengok harganya yang jauh lagi murah! Sangat-sangat suka dengan gabungan warna ini.

Untuk pengetahuan anda, produk ini untuk kaum wanita. Wawa dah mencuba sebahagian produk DR IRMA. Lagi-lagi yang Chewies tu, boleh lembabkan kulit dan menambahkan lagi awet muda seseorang.

Selain itu, bahan-bahan yang terdapat dalam produk-produk DR IRMA adalah Ekstrak Yis, Vitamin C, Collagen, Grape Seed, Ekstrak Sakura, Pearl Powder, Kelopak Mawar, Biji Aprikot, Kelapa Dara, Vitamin E, dan juga terdapat SPF50. Yang paling penting semuanya bahan yang digunakan tidak ada barang terlarang seperti merkuri dan hydroquinon.


SESI BERAMAH MESRA DENGAN PENGASAS & ARTIS JEMPUTAN

Tidak ingin lepaskan peluang, Wawa dapat beramah mesra dengan pengasas yang cantik persis model iaitu Dr Irma Shida dan juga artis jemputan yang hadir.

Selfie bersama Dr Irma




Bagi yang ingin dapatkan produk DR IRMA atau ingin ke butik kecantikan sendiri, bolehlah rujuk maklumat yang tertera dibawah.



LOKASI BUTIK : 

DR IRMA SKINCARE & COSMETICS
L1-10, Aras 1,
Galleria@Kotaraya,
Jalan Trus, 80000 Johor Bahru
Tel : 018-9867511



Instagram : @drirma_official






Bakal Melangsungkan Contest Wang Tunai RM100 !!!

$
0
0






Bakal Melangsungkan Contest Wang Tunai RM100 !!! | Hai korang, apa khabar semuanya? Oklah, Wawa malas nak bebel panjang. Korang dah baca title entry betul-betul? Ha, kali ini Wawa nak buat contest. Hadiah tak besar mana tapi zaman sekarang RM1 pun berharga kan?

Tertanya-tanya contest buat dekat mana? Jangan risau untuk contest ini akan diadakan di Facebook dahulu. Akan datang GA di blog pula.

So, korang nak join tak? Kalau nak get ready tau, nanti Wawa announce kat facebook bila waktunya.

Follow facebook Wawa atau set as 'see first' untuk pengumuman contest! 


THANK YOU !


31 Days Challenge by JDT Blogger

$
0
0






31 Days Challenge by JDT Blogger | Hai semua.. jom join cabaran 31 hari ni ! Sangat simple dan santai. Satu hari satu entry/gambar/status mengikut tajuk di atas. Mana-mana blogger boleh join bagi meriahkan lagi keadaan. Supaya blog kita sentiasa berupdate dan orang datang baca.

Bukan Blogger boleh join sekali. Hanya post gambar/status di instagram & facebook. Mudah bukan?


Syarat join 31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Post entry menggunakan tajuk "31 Days Challenge by JDT Blogger"
2. Like page  --> JDT Blogger
3. Save and Copy banner di atas dan backlink semula ke ENTRI INI.
4. Paste LINK JOIN ANDA di ruangan komen dibawah


Cara buat  31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Buat 1 entry 1 tajuk setiap hari mengikut urutan no di atas selama 31 hari (31 entry) 
2. Kumpulkan link entry dari 1- 31days di LINK JOIN ANDA untuk semakan
3. Sertakan sekali hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger di setiap entry
4. Komen entry orang lain juga untuk beramah mesra.

** Boleh juga post status/gambar mengikut tajuk dari 1-31days itu dan beserta hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

** 31 Days Challenge by JDT Blogger bermula harini ini iaitu 5 Januari 2017 - 4 Februari 2017

TARIKH TAMAT

4 Februari 2017

NOTED !! Sila update setiap entry anda mengikut hari di ruangan post status di page JDT Blogger. Rujuk page JDT Blogger untuk paste link entry anda.

Ada special gift buat bloggers/followers yang bertuah. Link penyertaan anda akan di update di page JDT Blogger dan juga di blog ini.


Jom join sambil bersantai update entry ! :)

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 1 - Siapakah Saya?

$
0
0





31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 1 - Siapakah Saya? | Amboi first day je dah tanya siapa saya kan? Haha ! Oklah, Wawa malas bebel panjang. Ringkaskan jelah mana boleh ye dakk?

Pengenalan diri :

Nama diberi Nurul Najwa Johari. Berumur 26 tahun untuk tahun 2017. Dilahirkan pada 9 Ogos 1991. Menetap di Kluang Johor. Sudah berkahwin pada tahun lepas tapi takdelah lama, baru 5 bulan gitu... kekeke... Wawa merupakan anak last dari 5 adik-beradik. Anak last tapi tak manja okay. Hahaha! 




Wawa merupakan anak jati Johor. Asal menetap di Johor Bahru kemudian berpindah ke Kluang. Dahulu Wawa sekolah di Sek Ren Islam Ar-Rasyidin (1998), Sek Ren Islam Taman Rinting (1999-2000), Maahad Islamiah at-Tarbiyah at-Tahfiz - SRITT Pasir Gudang (2001-2002), dan kemudian Sri ABIM JB (2002-2003). 

Sekolah menengah pula, Wawa masuk SMA Al-Quran Waddin JB (2004) dan kemudian pindah ke Kluang memasuki Madrasah Arabiah Kluang (2005-2008). Selepas SPM, Wawa melanjutkan pelajaran di Maahad Johor JB (2009) untuk mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).

Di universiti Wawa study selama 4 tahun (2010-2014) dengan course Ijazah Sarjana Muda Quran dengan Multimedia dengan Kepujian.



Pernah membuat bisnes sendiri dan inshaaAllah akan datang. Dan kini Wawa fulltime blogger. Okaylah, sudah. Tak nak panjang-panjang. Tunggu next entry pula.. hahaha!!





31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 2 - Gambar Setahun Lalu

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 2 - Gambar Setahun Lalu | Haha.. Wawa buat tajuk cabaran tapi Wawa sendiri takde idea nak bagi... gambar setahun lepas pun Wawa lupa gambar apakah? Adoii.. makan semut banyak sangat oiii ! Wawa pilih gambar dekat timeline facebook jelah ikut tarikh... aci dokk?? kekekeke :D




Wawa masuk suratkhabar oii ! Jakun jap je pastu dah takde perasaan.. haha.. Instagram Wawa terpilih untuk keluaran Harian Metro masa ni. Terkejut juga sebab tak tahu pape then tetiba ada orang DM kat instagram bagitahu ada keluar paper instagram kita. Hahaha! Gambar spec mata lalat juga keluarnya... Terima kasih dik sebab concern dengan akak. Walhal tak kenal pon... hihi... mungkin dia baca paper kot..




Oklah, kali Wawa bagi gambar yang betul setahun lalu tapi lebih sikitla ea.. haha! Lebih bulan sikit setahun setengah yang lalu.....



Inilah gambar setahun setengah sikit yang lalu.. haha... Gambar apa tuh? Tunang laa..... nak tahu kisah time ni?? Hmm, nantilah Wawa cerita buat entry khas punya... kekekeke... Kalau ada yang nak baru Wawa buat. Kalau tak ramai nak baca malas nak buat.. kahkahkah !!



Ok jumpa next entry ! 



#jdtblogger   #31dayschallengebyjdtblogger

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 3 - Gambar Bersama Kawan

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 3 - Gambar Bersama Kawan | Yeay.. dah masuk hari ke 3 join cabaran ni. Macam makin seronok pulak sambil blogwalking blog orang baca entry sekali. Wawa nak share beberapa gambar with friend...



Gambar ni masa Wawa study di USIM.. tak ingat tahun bila. Sekarang ni ramai dah kerja, ada juga yang tak kerja... yang paling penting ramai dah kahwin dan ada juga yang dah ada anak :)

Gambar ini pula masa last final exam kitaorang sebelum latihan industri. Geng rumah sewa kitaorang majoriti satu course. Ada yang dari Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Dalam gambar ni 6 orang dah kahwin termasuklah Wawa.. kekekeke....



Okay, ini pula gambar masa pergi wedding staff tempat praktikal dulu. Praktikal sempat kenal dalam 4 bulan gitu. Ada lagi 2 orang tak join sebab kerja masa ni.. Yang dah kahwin Wawa dengan Fayadh, yang putih-putih melati tu bakal berkahwin. Yang lagi sorang kanan tu single, mybe tidak.. hihi...




Ini gambar last year masa pergi wedding kawan kat Batu Pahat. Akhirnya berjumpa semula kawan masa Maahad Johor dulu. Cantik-cantik dorang tau sekarang, kalah Wawa.. hehehe.. Yang ni tak tahu siapa yang bakal berkahwin setakat ni Wawa sorang je kot yang baru kahwin dalam gambar ni..


Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama semula walaupun sekejap kan. Rasa macam masa tu majlis reunion besar-besaran, Hahahahaha ~~


See u next entry... Daaa !!~


#jdtblogger   #31dayschallengebyjdtblogger

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 4 - Ada Apa Di Dalam Beg?

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 4 - Ada Apa Di Dalam Beg? | Kalau tau ritu cancelkan tajuk ni. Hahaha! Menyesal pulak bagi idea tajuk ni... adoiii laa... Dah macam nak sportcheck beg je nak tau apa ada dalam beg.

Oklah, Wawa bagi juga walaupun dah terlambat nak menyesal :D Actually, Wawa ada banyak beg. Tapi Wawa bagi handbeg dan juga beg makeup jelah. Korang nak tahu apa ada dalam handbag Wawa selain handphone? Mesti korang pikir beg Wawa macam kapal karam kan? Hihi...


Tadaaaa...... Sikit je kan? Sebab apa sikit? Wawa tak suka banyak-banyak sebab kalau jalan-jalan, beli barang ke nak tengok wayang ke, Wawa akan sumbat masuk dalam handbag sembunyikan.. Haha! Bijak tak Wawa? kekekeke.... 

Barang yang ada adalah monopod, wet tissue, purse, foundation harian, perfume VS, bedak Miyami, gula-gula berangin dan juga beberapa jenis lipstick/lipsgloss. Kenapa tu lagi banyak? Sebab Wawa selalu selalu tukar warna. Kalau pergi pakai yang gelap, nak balik guna yang nude... hehehehe...

Sekarang untuk beg makeup. Actually, Wawa ada 2 beg makeup. Tapi Wawa just tunjuk beg makeup harian atau simple jelah ea.. Yang lagi satu beg tu baru full barang makeup untuk customer.


Beg makeup tu arwah mak punya, dulu kemas-kemas jumpa so dari buang better guna. Haa, nampak tak barang apa tu? Abaikan rupa bulus-bulus dan beauty blender sponge tu, tak sempat nak basuh. 

Ini adalah barang makeup simple Wawa. Digunakan untuk keluar berjalan tapi takdelah semua guna kalau nak keluar, pilih juga mana satu nak guna time nak keluar. Kadang kalau malas sangat, Wawa guna je barang yang ada dalam handbag. 


Inilah rupa barang makeup yang Wawa guna. Kadang untuk review ke apa ke.. Ada yang dapat free ada yang beli ada yang .... apa-apa jelah.. hahaha! Untuk diri sendiri kita guna yang local tapi harga standardlah boleh tahan juga nak dapatkan tu... kekekeke.....

Beg makeup lagi satu kalau nak tunjuk memang penuh lah kot. Tak larat nak snap gambar.. So, dalam beg makeup dan handbag korang ada apa? Sharelah dengan kita. Mahal-mahal kan barang uolls... Kta tunjuk yang basic je dulu okay... Sebab tak pakai sangat pun kadang-kadang jer.. hihi..

Next entry? Haaa... sangat mencabar... kena tanya suami untuk next entry punya tajuk...


#jdtblogger     #31dayschallengebyjdtblogger


31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri

$
0
0




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 5 - 6 Perkataan Menggambarkan Diri | Kali ini Wawa tanya husband sebab kalau Wawa buat sendiri nanti semuanya positif jer Wawa tulis. Haha! So tanya husband lagi patut kot (walhal ada je gaduh sat semalam semua nak bagi negatif). Tolonglah puji bini ni sikit ker... Kekekeke....



6 Perkataan Menggambarkan Diri

Korang mesti tak sabar nak tau kan? Wawa lagilah tak sabar nak bagitau :D

1. Kuat Makan 

Idea dari suami. Dia kata Wawa kuat makan kalau sekali makan tu berkali-kali tambah kalau sedap! Haha... Wawa jarang makan malam. Tapi sejak kahwin ni kena ikut sekali makan malam bila husband ajak makan. Nak tak nak kena bukak mulut dan ngaappppp... Haha~ Selera bertambah-tambah kalau orang mengajak makan... Kahkahkah! :)

2. Mudah Bergaul

Ini fakta kalau jadi anak bongsu, dan memang ada dalam diri Wawa. Sebab apa? Prinsip Wawa adalah kalau orang tu tak tegur kita, sampai bila-bila kita takkan tegur orang tu. Nampak sombong kan? Hahaha.. Tapi kita peramah sangat tau. Kalau dah bertegur, berbual macam dah lama kawan. Wawa dah serik nak tegur orang dulu sebab pernah kena! Wawa tegur, tapi orang tak bagi respons siap jeling lagi. Haktuihh! Hahaha~

3. Degil

Haa, bab ni memang diakui diri sendiri plus idea husband. Haha! Suka buat kepala sendiri. Degil gila la senang kata. Kalau boleh nak buat ikut kepala sendiri, idea atau cakap orang lain tak nak dengar. Itulah anak bongsu.. kekeke.. Degil-degil pon takdelah tahap nakal orang kata. Cuma taknak dengar cakap jer.. Tapi last-last buat juga apa yang dicakapkan tadi. Hehehe~

4. Pemaaf

Husband kata Wawa jenis mudah memaafkan orang, sebab dia dah pernah kena kot. Haha! :p Jangan marah yerr... kekekeke.... Wawa ni jenis walaupun sakit hati ke terasa hati ke dengan orang, Wawa mudah maafkan walaupun dalam hati hanya Allah je tahu betapa marahnya kita ni. Dan Wawa jenis tak suka pendam lama-lama. Kalau tak suka Wawa direct je cakap depan-depan atau berkias. Bila lepaskan, baru rasa takpelah, maafkan jelah... Haaa, gitttuuuuu ~

5. Tak Suka Di Arah / Mendesak

Haa, tang ni pon setuju sangat! Fakta anak bongsu. Haha! Pantang bila di arah atau disuruh dengan gaya mendesak. Contoh, dah cakap sekali tapi diulangi banyak kali. Kan macam mendesak tu. Wawa lebih suka buat hal sendiri, buat tanpa disuruh atau pun di arah tapi jangan desak berkali-kali sebab boleh jadi stress. Orang ada HyperTension mana boleh di arah atau didesak. Tension woooo...

6. Minat K-Drama

Hahaha! Ini tak boleh blah husband bagi. Dia kata Wawa minat K-Drama. Yuppp! betul memang minat. Tapi sorry laa, bukan fanatik just minat cerita yang best-best jer lagi-lagi bab cerita zaman istana dulu-dulu atau cerita tentang doktor ke atau tentang godam ke.. Wawa masih simpan koleksi cerita yang lama sampai sekarang dalam hardisk. Kalau betul-betul bosan baru Wawa ngadap tengok. Tapi sekarang dah jarang sebab dah kahwin dan job review pon banyak.


Haaa, bernas jugak idea husband ni... takdelah jem kepala otak nak pikir lama!


See u next entry ni memerlukan sebelum dan selepas..Fuhhh!! Okbaii~


#jdtblogger    #31dayschallengebyjdtblogger

Milagro Coffee | Minuman Kesihatan Penyakit Kencing Manis

$
0
0


Milagro Coffee - Minuman Kesihatan Penyakit Kencing Manis | Di abad ini, makin tinggi peratus penyakit diabetes yang dihidapi oleh orang Malaysia. Ianya berada di tahap yang membimbangkan, Kebanyakkan orang sanggup berhabis duit dengan makanan yang tidak sihat  tanpa memikirkan kesihatan diri.

Memang tidak dinafikan, keluarga Wawa antara penghidap kencing manis dan juga darah tinggi. Alhamdulillah, setakat ni Wawa tiada penyakit kencing manis tapi hanya darah tinggi atau saintifiknya hypertencion. Walaupun begitu, Wawa tetap mengambil berat tentang kesihatan diri dan cuba untuk menghidarinya dari terus kekal dalam badan kita.

Pot pet pot pet je... mesti anda nak tahu kan apa tu Milagro Coffee



Milagro Coffee merupakan satu produk minuman kesihatan TIDAK BERKAFEIN yang diekstrak dari pokok patawali dan diadun dengan bahan lain yang terdiri dari halia, lada hitam, robusta, arabika dan juga garam gunung menjadikan ia minuman 7 dalam 1 dimana ia sangat membantu kita mengawal dan mencegah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Ianya sangat baik dalam :-

  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut dan ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selsema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal



Dari mana dapat perkataan MILAGRO ?

Haa, bukan sembarangan cipta nama tapi ada maksud tersendiri. Milagro diambil dari 3 bahasa iaitu ;

Melayu - Ajaib
English - Miracle
Spain - Milagro

Milagro adalah singkatan dari perkataan ;

MIL - singkatan dari million herba yang diciptakan oleh Allah S.W.T di bumi, dan
AGRO - bermaksud asli dalam ciptaan Allah S.W.T

Unik kan nama MILAGRO COFFEE? Bukan itu sahaj, Milagro Coffee juga membantu merawat, mencegah dan mengawal penyakit seperti :

  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Sakit Sendi
  • Kanser
  • Cergas Badan
  • Bertenaga
  • Keradangan
  • Alahan
  • Batuk
  • Demam Malaria
  • Menguatkan Tenaga Batin
  • Awet Muda



Dimaklumkan, herba utama yang digunakan dalam Milagro Coffee adalah Tinospora Crispa atau dikenali 'Patawali' atau dipanggil 'Akar Seruntun' mengikut panggilan orang Melayu. Tinospora Crispa telah pun digunakan rami pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam, tekanan darah tinggi, luka, cacing usus, jangkitan kulit dan juga hyperglisemia. Selain daripada itu, ianya juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akues disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.




MILAGRO COFFEE DALAM MEDIA 

MILAGRO diasaskan oleh Salmah Hayyan, iaitu Pengarah Urusan dari Aqid Aqila Resources Sdn Bhd. Produk beliau iaitu MILAGRO COFFEE telah dirasmikan oleh MATRADE.





Produk minuman Milagro Coffee pernah disiarkan di Harian Metro. Milagro ini juga bakal diperkenalkan melalui billboard. Selain itu,  produk ini juga akan diviralkan di media social. Terbaru, Milagro Coffee akan dibantu di radio IKIM.FM.


TESTIMONI -TESTIMONI PENGGUNA 




Testimoni-testimoni yang berjaya. Ada yang boleh turunkan berat badan, melegakan rasa senggugut, atasi masalah kebas tangan dan kaki dan juga penyakit kencing manis.


Pengalaman Wawa mencuba Milagro Coffee

Sekarang Wawa nak cerita sedikit pengalaman Wawa setelah mencuba Milagro Coffee. Fisrt Wawa cuba masa tu Wawa tengah demam hampir nak seminggu. Alhamdulillah, dengan mengamalkan minum kopi ini, demam Wawa berkurangan dan tenaga kembali pulih sedikit. 

Rasa kopi ini pahit dan tak manis. Tapi takdelah rasa teruk. Sedap juga rasa dia. Dah kata minuman kesihatan, takkan nak letak gula kan? Tapi memang masih boleh telan lagi sebab rasa macam minum air kelapa + kopi .. hehehe..

Dan yang paling menarik, sepanjang Wawa amalkan kopi ini, walaupun Wawa dalam keadaan tertekan disebabkan nak menguruskan hal kerja blog dan lain-lain, alhamdulillah setakat ini Wawa tidak alami tekanan darah tinggi. Selalunya Wawa akan merasa stress walaupun benda kecil sehingga sakit kepala yang teruk.



PELUANG MENJANA PENDAPATAN BERSAMA MILAGRO



Pihak Milagro mempelawa anda bagi yang ingin menjana pendapatan bersama mereka dengan menjadi stokis atau ejen-ejen berdekatan. Jangan lepaskan peluang untuk sertai!




Bagi yang ingin dapatkan MILAGRO COFFEE, boleh dapatkan dengan berharga RM55 sekotak sahaja! Atau anda boleh hubungi di maklumat yang tertera ;



Instagram : @milagro_coffee

Boleh juga terus direct contact di whatsapp di talian 012 - 370 2676


SERTAI PERADUAN MENANG DUIT DAN PRODUK MILAGRO

1. Beli 1 kotak produk Milagro Coffee (WAJIB) dan selfie bersama produk Milagro Coffee

2. Buat satu entry dengan tajuk mesti ada perkataan "MILAGRO COFFEE"

3. Rakam satu video kreatif minum Milagro Coffee yang berdurasi antara 1 hingga 3 minit dan upload ke facebook masing-masing

4. Penyertaan yang mempunyai LIKE & SHARE terbanyak dikira sebagai pemenang

Hadiah peraduan :

Tempat Pertama :
CASH  MONEY BERNILAI RM1500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Kedua :
CASH  MONEY BERNILAI RM1000 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Tempat Ketiga :
CASH  MONEY BERNILAI RM500 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG

Saguhati :
CASH  MONEY BERNILAI RM250 + 1 KOTAK MILAGRO COFFEE + MUG



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 6 - Gambar Bermakeup & Tanpa Makeup

$
0
0




31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 6 - Gambar Bermakeup & Tanpa Makeup | Ini entry sangat mencabar. Dan minta maaf korang sebab Wawa takde idea nak bagi tajuk. Main letak je tajuk ni. Ampunnn !!! 

Sebenarnya Wawa tak pro pasal makeup, masih newbies dan masih belajar lagi. Entri ni sepatutnya kena bagi gambar yang bermakeup byself bukan MUA or sesiapa makeupkan tau. Tapi lupa nak bagitahu uolls jangan letak gambar orang lain makeupkan.

Wawa nak share gambar Wawa sebelum dan selepas makeup jelah. Kira sama lah maksud dia makeup dan tanpa makeup. Hihihi.... Tapi semuanya Wawa buat simple aje bukan makeup tebal.. Ulang sekali lagi, semuanya hanya makeup simple sebab untuk diri sendiri :)



Makeup sendiri je mampu. Ini semua just simple je makeupnya. Masa makeup ni pun main tibai je barang yang nampak dicapai. Kening tu jangan cakaplah sebab Wawa tak reti ukir kening cacat sebelah tu.. Hahaha!



Ini Wawa makeup sendiri juga. Masa ni saja-saja makeup sebab nak test foumdation baru. Tetiba tengok kening je yang menjadi dari yang lain. Memang betullah orang kata, kalau sekali buat jadi mesti lagi sekali tak berapa menjadi. Ke sebab masa ni tiada gangguan tu yang jadi? Kahkahkah!


Oklah, takyah lelama tengok. Burukkk !!! Hahaha.. See u next entry ! Bye~


31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 7 - Sedang Buat Apa Hari ini ?

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 7 - Sedang Buat Apa Hari ini ? | Sorry sebab Wawa lewat update semalam punya entry. Sebenarnya boleh je update tajuk ni untuk hari ini tapi Wawa malas nak tangguh-tangguh. Nanti makin lama nak habis update entry ikut tajuk.

Semalam buat apa? Hmm, sebenarnya semalam buat kerja rumah je. Hihi.. Waktu pagi buat apa yang patut. Kemudian tengahari masak. Lepas tu petang pulak Wawa tak ingat. Hahaha ! Ohh, lupa semalam Wawa kemaskini apa yang ada dalam hardisk Wawa. Susun cerita Korea lama-lama punya. Sebab Wawa suka bersepah letak. Hahahaha ! :D

Cerita Wawa ada ni tak banyak sebab sejak Wawa hilang hardisk masa konvo 2014, Jadi cerita pon tak banyak cam dulu sampai tak muat dah hardisk nak save cerita english, korea, hindustan, melayu, thai seram dan koleksi cerita seram yang aku simpan. Tak percaya ke aku peminat cerita seram dari cinta.. Kekeke~

susun episod Running Man

Cerita Korea Lama + Baru sikit

Kalau hardisk Wawa yang tu tak hilang, rasanya dah nak ratus dah koleksi cerita. Haha... Tapi takpelah, Wawa budak baik. Walaupun banyak cerita selain Korea, tapi percaya tak korang Wawa banyak lagi tak tengok? Wawa tahu kumpulkan je tapi tak reti nak tengok semua. Kekeke ~


OKlah, tu je dapat Wawa ceritakan. Babaiii!~

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 8 - Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 8 - Gambar Makanan Yang Sedang Dimakan | Nampaknya Wawa dah ketinggalan kereta api mengejar yang lain dah masuk hari ke-16 hari ini. Tak apa Wawa try kejar korang juga dengan update 2 perenggan pendek.. Haha !

Sebenarnya gambar ni nak update semalam tapi tak terupdate so Wawa up la ye.. Gambar makanan yang sedang dimakan? Hmmm.. semua makan tolak batu kayu besi..hehehe...


Wawa masak bendi goreng dengan asam pedas ayam. Favourite Wawa adalah Asam Pedas Ikan Pari tapi Ayam ni kira alternatif punya... Nampak tak selera kan rupa? Yang penting dapat masuk mulut perut kenyang pun dah mencukupi. Hahahah!



Ok, taip untuk next day pulak ! Bye~

31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 9 - Seseorang Yang Membanggakan Saya

$
0
0



31 Days Challenge by JDT Blogger | Day 9 - Seseorang Yang Membanggakan Saya | Mujur entri kali ini senang. Dan tak perlu berfikir lebih sebab apa? Haa, baca sampai habislah. Mana boleh baca separuh kan? Hehehe...


Inilah abah Wawa. Sorry guna gambar lama dah berapa tahun dah ni. Abah jenis tak suka bergambar. Kalau bergambar pun spontan je dapat sikit snap.. huhu..

Sebab apa Wawa pilih abah? Sebab abahlah ayah, abahlah ibu. Arwah mak ninggal tahun 2005. Abah kalau boleh semua dia nak buat. Abahlah banyak tolong kat anak-anak walaupun masa tu abah tak berapa mampu lagi. Harap anak-anak lain tidaklah terlampau menyusahkan abah sedangkan perit lelah abah kita tak nampak tapi kita senang-senang minta macam-macam. Moga suatu hari nanti Wawa dapat jaga abah dengan baik sampailah ke akhir hayat. InshaaAllah.


See u gaiss for the next entry. Daaa~

Beauty Review | Serum Muka dari SwissVita

$
0
0


Serum Muka dari SwissVita | Setiap wanita memang inginkan raut wajah yang bersih dan kelihatan putih tanpa ada cacat cela. Memang tidak dinafikan, betul tak? Wawa pun tak terlepas untuk kelihatan cantik dan muda. Cewaahhh ! Hahaha..

Kali ini Wawa nak perkenalkan satu produk dari luar negara, iaitu SwissVita Laboratories from Switzerland. Macam baru first time dengar je kan? Oklah. Mari Wawa terangkan serba sedikit mengenai SwissVita ini. 


Apa yang paling best mengenai produk ini adalah :

  • Paraben Free
  • Alcohol Free
  • Fragrance Free
  • Pigment Free
Jadi, ia boleh gunakan ke atas semua jenis kulit muka kerana tiada pengkhususan. Untuk review kali ini Wawa mencuba 3 jenis produk dari SwissVita iaitu Micrite 3D All Use Whitening Serum, Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum dan Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum.


MCRITE 3D ALL USE WHITENING SERUM

Serum ini boleh membuatkan kulit muka kita lebih flawless tanpa pori-pori terbuka dan memutihkan kulit. Bahkan ianya juga boleh menghidrasikan kulit muka dari berminyak. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka. 

Cara penggunaan : Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.

Harga : RM130 (30g/1.06oz)



MCRITE 3D ALL USE ANTI-SPOT SERUM

Untuk serum ini pula, sesuai untuk bahagian-bahagian tertentu seperti kawasan parut jerawat, bintik-bintik hitam atau tona kulit yang tidak sekata. Dengan adanya kandungan Vitamin C di dalam serum ini, ianya boleh mencerahkan kulit dan juga mengurangkan bekas kawasan masalah dimuka. Kulit muka akan merasa lebih ringan dan bersih selepas menggunakannya.

Cara penggunaan : Sama seperti penggunaan Whitening Serum. Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.

Harga : RM130 (15g/0.53oz)



Serum ini paling best dan Wawa suka. Sebab apa suka? Sebab ia boleh mengecilkan pori-pori yang terbuka, membuang sel-sel kulit mati dimuka seperti kulit kering atau mengelupas. Ianya juga melembapkan kulit muka dan mempunyai anti-oksidan dan membuat kulit muka rasa lembut dan lembap macam kulit baru. Kandungan dalam serum ini mengandungi Mandelic Acid (badam), Malic Acid (epal) dan Citric Acid (epal).

Cara penggunaan : Selepas mencuci muka, titik serum dimuka sikit dan sapu sehingga meresap. Kemudian boleh guna toner pula selepas serum ini (jika ada toner). Guna serum ini 2-3 kali dalam seminggu. Jauhkan dari kawasan mata anda.
p/s : Normal akan ada rasa sedikit sakit apabila menggunakannya.

Harga : RM110 (50g)



Ketiga-tiga produk ini memang terbaik dan best. Bagi yang feeling-feeling nak putih cantik berseri tu bolehlah try serum-serum ini. Bukan itu sahaja, ada banyak produk yang SwissVita keluarkan tau.

Untuk maklumat lanjut korang bolehlah layari :

Website : www.allyoung.my



Leezo Restaurant | Kedai Makan Western Batu Pahat

$
0
0


Leezo Restaurant - Kedai Makan Western Batu Pahat | Hai korang.. baru-baru ini Wawa ada pergi ke kedai makan di Batu Pahat (dah berkali-kali) selepas Wawa dah sihat sikit. Hajatnya mula-mula hanya menemani kakak yang kelaparan. Hahaha! Tapi terjebak nak makan sekali. Takpee, orang belanja kita, on jelahh :D


Actually, kali ni Wawa tak makan western punya so tak order yang western. Sebelum-sebelum ni memang ada order yang western. Leezo restaurant ni bukan sahaja menyediakan makanan ala-ala western, tapi ala-ala kampung/melayu pun ada. So, kami decide pilih makanan kampung + western sikit je.


Nasi Goreng Pattaya

Lamb with Fried Rice

Leezo Orange Sparkling

Ini jelah makanan yang kami order ritu. Yang western punya takde gambar. Tapi kalau nak tau bolehlah pergi ke page mereka Leezo Restaurant/Leezo Container. Buat pengetahuan orang diluar yang tak familiar lagi, kat BP ini ada 2 kedai nama Leezo... Satu di Parit Raja Batu Pahat (Leezo Container), satu lagi di Flora Utama (Leezo Restaurant).

Bagi yang nak terjah ke Leezo Restaurant boleh juga sambil-sambil cuci mata sebab dekat dengan Jakel, Aeon Big & Square One Mall.
Leezo Restaurant
No 6, Persiaran Flora Utama, 83000 Simpang Kanan BP
(Berdekatan dengan Aeon Big & Square One Mall)


Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi Pontian 2017

$
0
0



Karnival Jelajah Usahawan MITI Pontian 2017 | Buat seluruh warga Johor Darul Takzim khususnya, anda semua dijemput hadir ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi Pontian 2017 di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. Karnival yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017, telah dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam.


MAJLIS PERASMIAN JELAJAH USAHAWAN MITI & AGENSI 2017

Tanggal 25 Februari 2017 (Sabtu), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017 dan telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Dato Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.




AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL BERLANGSUNG

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari. Di sepanjang karnival ini berlangsung, warga Johor berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat andai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :
  • Career Fair
  • Food Truck
  • Forum Perdana
  • Innorace / Infotaiment
  • Aktiviti Tarikan Pengunjung
  • Info Booth Agensi



Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakkan warga Johor dan rakyat jelata datang berkunjung, seperti :
  • Pemeriksaan Kereta Percuma
  • Program Halal Cilik
  • Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
  • Mini Showcase SDSI
  • Pertandingan Catur Bistari
  • Khidmat Nasihat Keusahawanan
  • Cabutan Bertuah






Tunggu apa lagi? Jom beramai-ramai datang memeriahkan lagi Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Hanya tinggal hari esok sahaja! 

Tiada Lagi Masalah Bau Rambut | Hajarose Hair Mist

$
0
0



Tiada Lagi Masalah Bau Rambut - Hajarose Hair Mist | Kaum wanita seringkali dikait dengan masalah bau rambut terutama sekali apabila seseorang wanita itu bertudung. Bukan bermaksud wanita bertudung tak jaga rambut, tapi kadang-kadang disebabkan kekangan masa dengan kerja, membuatkan kita tidak dapat memanjakan dan menjaga rambut dengan baik. 

Bukan itu sahaja. wanita yang tidak bertudung pun kadang-kadang ada masalah dalam penjagaan rambut. Di sini Wawa nak perkenalkan kepada semua diluar sana yang menghadapi masalah bau rambut, bolehlah mencuba Hajarose KL Hair Mist dimana ianya baru sahaja melancarkan produk ini. Jadi, produk ini amatlah sesuai digunakan bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut.


Bahan Utama :
  • Panthenol 
  • Vitamin E
  • Vitamin B5
Ianya tiada paraben, mempunyai pengiktirafan dari GMP dan juga halal. Maka ianya selamat digunakan dan ianya juga sesuai untuk kaum lelaki dan wanita.

Mist rambut Hajarose ini bukan sekadar wangian rambut, Vitamin B5 yang terdapat didalamnya berfungsi menyegarkan rambut dan Vitamin E pula bertindak sebagai melembapkan rambut dari luar dan dalam. Oleh itu, Hajarose Hair Mist kini dikenali sebagai Hajarose Triple-H Hair Protector Formula. Ia melindungi rambut dari kehangatan, kelembapan dan keguguran.


CARA PEMAKAIAN HAIR MIST 

Selepas mandi, kering rambut dahulu. Kemudian spray sedikit di telapak tangan dan sapu ke rambut. Atau cara paling senang spray terus ke rambut dan pakai tudung bagi yang bertudung. Spray ini tidak perlu bilas. Hanya spray rata ke rambut sahaja.

Bau wangian hair mist memang wangi sangat. Baunya yang agak menyenangkan dan menyegarkan. Seolah-olah rasa sejuk selepas spray ke arah rambut. Jadi ia memang sesuai bagi yang ada masalah bau rambut disebabkan tak sempat basuh atau menjaga rambut. Spray-spray sikit terus bau harum mewangi dan menyegarkan.

Setakat ini Wawa sudah mencuba dan memang ternyata ianya dapat membantu menyegarkan rambut dan melembapkan rambut dari masalah rambut rosak.


Terdapat 2 wangian Hajarose Hair Mist iaitu :
  1. Melor Hair Mist
  2. Teratai Biru Hair Mist
Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Hajarose KL Hair Mist, bolehlah layari link yang tertera di bawah ini.

Facebook : Hajarose
Website : www.hajarose.com 
Instagram : @hajarosekl 
Whatsapp : +6011 3174 7371 


LUNCH | Petola Masak Air & Sambal Tumbuk

$
0
0


LUNCH - Petola Masak Air & Sambal Tumbuk | Waktu sejuk-sejuk elok makan yang berkuah buat hirup sluurrpppp... kekeke... Kluang sekarang hujan dah 2 hari. Kalau dulu pagi ke petang ke malam ke terasa bahang. Tapi bila hujan berterusan ni tak payah buka kipas, makin tarik selimut. Eh? Tak adalah, mana ada tarik selimut. Itu time nak tidur jelah tarik selimut. 

Hari ini rasa bosan sikit sebab nak menjerit tak boleh, suara dah macam Ramli Sarip gituu! Jadi updatelah sikit gambar lunch tadi. Ringkas je masak sebab teringin nak makan sambal ketuk.


Lauk paling senang masak. Haha ! Petola ni sedap buat masak macam ini je, dengan sohoon lagi, Aduhh! Perut lapaaar balik pula tulis entry nii... Petola kali ni saja tumis dulu, selalu main masak macam bening je. Sekali-sekala ubah style. Ecehhh! Nyampah... Haha!


Siapa anak jawa tak makan sambal tumbuk/totok bukan anak jawa. Yeke?? haha.. Favourite kami suka makan sambal tumbuk sama dengan petola atau dengan ikan goreng. Kalau sup-sup ke bening habis dulu, kami makan sambal tumbuk dengan nasi je pun cukup dahh! Peda?? Hmm, bagi kami lagi pedas lagi best, baru menyengat feel naik je! Tapi bagi yang tak biasa makan pedas mungkin bagi mereka sangat pedas. Maybelah..

Hari ini korang makan apa? Macam sedap je menu korang. Menu kita hari ini ala kampung je sebab kita orang kampung. Hehehe... Sharelah lunch apa.. Babaiii!!

Rawatan Kuruskan Badan Tanpa Bedah dengan Cryo-Lipolysis Generasi Kedua oleh Zimmer Aesthetics

$
0
0


Rawatan Kuruskan Badan Tanpa Bedah dengan Cryo-Lipolysis Generasi Kedua oleh Zimmer Aesthetics | Lemak di badan kita bukan sekadar orang gemuk sahaja ada lemak, tapi orang kurus pun ada lemak. Tak percaya? Memang ada. Cuba anda duduk dan tengok perut berlipat-lipat tak? Confirm ada kan. Itulah 'teman istimewa' anda selama ini. Hehe

Jadi, dengan zaman sekarang ni, ada banyak rawatan untuk kuruskan badan, tapi jarang ada rawatan tanpa pembedahan. Kali ini, dengan adanya rawatan Cryo Lipolysis Generasi Kedua dari Zimmer Aesthetics menerusi teknologi Jerman-kejuruteraan ini, korang boleh dapatkan bentuk badan yang ideal.

CRYO-LIPOLYSIS GENERASI KEDUA DARI ZIMME AESTHETICS

Generasi kedua Cryo-liposis ini menggabungkan Z Lipo (Cryo-liposis) dengan Z WavePro (Shockwave US FDA diluluskan) bagi sesiapa yang inginkan rawatan membuat lemak dengan jangka masa yang lebih cepat dan mencapai bentuk badan impian mereka.

Dr Pablo Naranjo presenting to the audience on Z Lipo and Z WavePro by Zimmer Aesthetics - the fat-freezing system for non-invasive body contouring and the second generation of Cryo-Lipolysis technique at the media launch recently.

Pada hari pelancaran itu, Dr Pablo Naranjo, Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic memberi penjelasan mengenai bagaimana teknologi baru ini berfungsi. Kaedah rawatan sedut lemak ini tidak berbahaya dan ianya telah mendapat kelulusan Kesatuan Eropah CE Mark pada tahun 2009 dan sangat popular.


Apa Itu Cryo-Liposis?

Cryo-liposis adalah satu kaedah dimana ia merupakan prosedur sedut lemak beku yang berkesan untuk mengurangkan lemak yang menyebabkan ketidakselesaan sedikit dan tiada kesan sampingan yang teruk diketahui. Apabila teknologi ini digunakan pada pesakit yang dipilih dan digabungkan dengan sewajarnya dengan rawatan lain, seseorang boleh mendapatkan tahap yang lebih tinggi kepuasan pesakit.

Dr Pablo Naranjo (second from right), Medical Director of Elite Laser Clinic and Key Opinion Leader of Zimmer Aesthetics addressing the benefits and process of using Zimmer Z Lipo and Z WavePro products during the launch of the two innovative and versatile equipments. Listening intently are (from right) Ms Jess Kong, General Manager of Med III Division of Neoasia, Mr Henry Holitschke, Zimmer Area Sales Manager from Germany, Dr Alice Prethima from Ageless Medispa and Clinic, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif from The Life Clinic and Dr Chan Boon Khai from TDOX Clinic.

Menurut kajian klinikal yang dilakukan oleh Dr Michael Ingargiola, seorang pakar bedah plastik dengan lebih 20 artikel yang diterbitkan, rawatan ini mampu mencapai purata 20 peratus daripada lemak-lemak yang terkumpul dibahagian lapisan tisu selepas beberapa bulan, manakala trigliserida (asid lemak dan gliserol) akan dihapuskan secara semula jadi melalui sistem limfa dan kemudian diproses oleh hati. Bagi lemak yang berpusat di lengan, perut, punggung atau paha boleh dirawat. Rawatan ini sememangnya berkesan dan selamat dengan penekanan menggunakan tahap suhu yang tidak berbahaya untuk memastikan sel-sel lemak dibuang dan tisu disekitarnya tanpa luka.


Z Lipo Lipo & Z Lipo WavePro
  • Generasi ke-2 Cryo-liposis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro
  • Jerman Engineered
  • Kelulusan US FDA pada kombinasi shockwave
  • Lebih rawatan kepada lemak! ( Oleh kerana terapi Cryo-liposis ini diluluskan oleh US FDA shockwave yang boleh merawat selulit, kulit longgar dan lain-lain)
  • Tiada kesan sampingan yang teruk
  • Bukan invasif
  • Hanya sedikit ketidakselesaan semasa rawatan
  • Melihat hasil dengan cepat
  • Jangka masa rawatan sekitar 60 minit
Sekiranya anda berminat untuk membuat rawatan ini, bolehlah anda merujuk kepada senarai klinik-klinik yang terpilih dibawah ini :

1. Klinik TDOX
51B, Jalan SS21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+603 7733 7768

2. Esadsa House
Lot 51, Tingkat 7 Signature Office, The Boulevard Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
+603 2287 8569

3. Ageless Medispa & Clinic
257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur
+603 2095 0458

4. Clinic Surgery, RE Plastik
A4-UG1-03, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
+603 6207 9004

5. Life Clinic
Lot 6-2A, Jalan Batai, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
+603 2856 9292


Untuk keterangan lebih lanjut, layari laman web berikut :


NeoAsia : neoasia.com.sg 



Viewing all 299 articles
Browse latest View live